Skip to main content

Malaysia

Dua remaja 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kuala Krai

Sumber: JBPM
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan bagi mengesan dua remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kuala Krai petang semalam. - Foto JBPM Kelantan
Advertisement

KOTA BHARU: Dua remaja lelaki berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di Kampung Batu Lada Aur Duri, Kuala Krai petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ketika dihubungi berkata bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.39 petang sebelum mengarahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai ke lokasi.

Menurut jurucakap berkenaan, pasukan yang tiba di lokasi kejadian pada 6.46 petang berdepan cabaran apabila hujan lebat.

“Operasi melibatkan tujuh anggota BBP Kuala Krai dengan sebuah jentera Fire and Rescue Tender serta sebuah kenderaan utiliti Hilux.

“Setakat ini, identiti kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai Rayyan Hakimi dan Luth Naim manakala operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement