awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua remaja hilang di Batang Rajang ditemukan lemas

Bernama
Bernama
14/05/2023
07:35 MYT
Dua remaja hilang di Batang Rajang ditemukan lemas
Kedua-dua remaja itu dikatakan sedang mandi di sungai berkenaan bersama seorang lagi rakan, apabila kedua-duanya dilihat dibawa arus dan tenggelam. - Gambar fail
SIBU: Dua remaja lelaki yang dilaporkan hilang Jumaat lepas selepas dihanyutkan arus sungai semasa mandi di Sungai Rajang berdekatan pekan Durin, kira-kira 26 kilometer dari sini, ditemukan lemas hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata mangsa pertama, Justin Siaw ditemukan pada 7.35 pagi, manakala mangsa kedua Kong Wei Seng, pada 8.15 pagi.
Beliau berkata kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun ditemukan pada jarak antara lima dan 10 kilometer dari lokasi kejadian.
"Pengecaman kedua-dua mangsa dilakukan ibu bapa masing-masing di lokasi," katanya dalam kenyataan.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kedua-dua remaja itu dikatakan sedang mandi di sungai berkenaan bersama seorang lagi rakan, apabila kedua-duanya dilihat dibawa arus dan terus tenggelam, kira-kira 10 meter dari jeti berhampiran.
Rakan mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut bergegas memaklumkan kepada saudara-mara untuk meminta bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Batang Rajang
#remaja lemas
#kes lemas
#Sawarak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan