IPOH: Selain dua buah sekolah antarabangsa, dua buah sekolah pendidikan khas di Perak turut menerima ancaman bom sejak Selasa.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dua sekolah khas itu, satu di Sitiawan, yang menerima ancaman pada Selasa, dan satu lagi di Taiping, yang menerima ancaman pagi ini.
Menurutnya, dua sekolah antarabangsa pula, masing-masing sebuah di Ipoh dan Kampar.
Katanya, kesemua ancaman itu diterima pihak sekolah menerusi akaun emel yang tidak dikenal pasti yang menggunakan modus operandi sama seperti berlaku di negeri-negeri lain.
"Meskipun ancaman bom ini negatif, siasatan lanjut tetap dijalankan.
“Laporan-laporan telah dihantar kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar kejayaan Op Tapis Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Media melaporkan, sebanyak 51 kes ancaman bom palsu melibatkan 51 sekolah di sembilan negeri dilaporkan setakat ini dengan laporan paling tinggi diterima di Selangor iaitu 18 kes.
Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, walaupun setakat ini ancaman itu negatif, polis tidak memandang ringan perkara itu kerana ia membabitkan kepentingan awam terutama di sekolah.
Menurutnya, tindakan seperti pengosongan dan pembersihan keselamatan di kawasan sekolah terlibat, dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sepatutnya.
"Polis tidak ambil mudah dalam perkara ini. Sekiranya terima laporan ancaman bom, kita tanganinya sepertimana SOP, termasuklah menghantar Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan K9," tambahnya.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Nov 24 2023
Polis Perak berkata, meskipun ancaman bom yang diterima adalah palsu setakat ini, siasatan lanjut tetap dijalankan dan laporan dihantar kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas JSJ Bukit Aman untuk tindakan lanjut.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lebih 30 ancaman bom palsu sasar lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh AS
Hampir 30 ancaman bom palsu menyasarkan lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh Amerika Syarikat.
Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.
Ancaman bom palsu: Polis selesai rakam keterangan Menteri MOTAC
Asmadi berkata, Polis Daerah Putrajaya juga telah merakam keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.
Institusi pendidikan diarah perketat kawalan keselamatan - Hui Ying
Semua institusi pendidikan diarah mengetatkan sistem kawalan keselamatan sebagai langkah berwaspada susulan siri ancaman bom palsu di sekolah seluruh negara.
Dua sekolah pendidikan khas di Perak turut terima ancaman bom
Dua sekolah khas itu ialah di Sitiawan yang menerima ancaman pada Selasa dan yang terbaharu di Taiping, pagi Jumaat.
Laporan ancaman bom palsu di sekolah meningkat kepada 51
Peningkatan laporan adalah kerana penerima emel lewat membacanya, walaupun ancaman itu disebarkan pada waktu yang hampir sama.
Ancaman bom palsu di pusat beli belah di Ipoh, polis tahan suspek di Kampar
Suspek ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi di rumahnya di Kampar dan polis turut merampas sebuah alat komunikasi yang digunakanny