SIBU: Pihak berkuasa menutup dua buah sekolah rendah di dua zon di sini bermula hari ini, selepas kedua-dua zon itu bertukar status kepada merah akibat peningkatan kes COVID-19.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, penutupan itu membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali dan SK St Mary, masing-masing di Zon 9 Jalan Awang Ramli Amit dan Zon 10 Kampung Dato yang menyaksikan peningkatan kes kumulatif kepada 52 dan 43 masing-masing semalam.
"Penutupan itu ialah hingga tamat cuti pertengahan penggal pada 3 April ini," demikian menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, SK Methodist ditutup selama dua hari bagi membolehkan proses sanitasi dan saringan kontak selepas seorang guru didapati positif COVID-19.
Susulan itu, seramai 78 kontak rapat dalam kalangan guru dan pelajar dikenal pasti dan akan menjalani ujian calitan hari ini dan esok.
Menurut kenyataan itu, ibu bapa kepada murid lain yang bukan kontak rapat juga boleh membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan Lanang untuk tujuan saringan.
Kenyataan itu juga menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) pengendalian kes COVID-19 untuk sekolah-sekolah yang mempunyai kes dalam kalangan guru atau pelajar ialah penutupan selama satu atau dua hari untuk tujuan disinfeksi dan siasatan.
"Kontak rapat di sekolah itu akan disaring dan diminta menjalani isolasi atau kuarantin oleh Jabatan Kesihatan di mana persekolahan untuk pelajar-pelajar berkenaan boleh diteruskan melalui pembelajaran dalam talian.
"Pelajar bukan kontak kes boleh datang ke sekolah seperti biasa," demikian menurut kenyataan itu lagi.
Berikutan kehadiran ke sekolah tidak wajib pada masa ini, ibu bapa yang berasakan tidak selamat untuk menghantar anak ke sekolah boleh meminta PdPR iaitu pengajaran dan pembelajaran di rumah diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 19 2021
Penduduk di sebuah kawasan perumahan sedang menjalani ujian swab dalam operasi pengesanan secara aktif COVID-19 di bangunan parkir kenderaan bertingkat Majlis Perbandaran Sibu, 20 Feb 2021. - Gambar hiasan/BERNAMA
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu
Ia sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Sekolah digalakkan anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina
Bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta PIBG di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Kod Sukan Selamat akan dilaksanakan di sekolah arus perdana tahun ini
Beliau berkata perkara itu perlu memandangkan terdapat kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti sukan di peringkat sekolah.
Lepas Subuh berjemaah, Madad cadang hantar pelajar ke sekolah
Idea itu timbul selepas melihat kepada sokongan menggalakkan selain mahu melancarkan perjalanan ke sekolah.
Shivaani teruja dapat kembali ke sekolah Mac ini
Bapanya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang prihatin dalam menyelesaikan isu persekolahan anaknya itu.