KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim, hari ini.
Mereka ialah Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar yang mengangkat sumpah memegang jawatan itu bagi tempoh satu penggal pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara di sini.
Pelantikan mereka berkuat kuasa mulai 20 Dis 2021 hingga 19 Dis 2024 setelah dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi mengisi kekosongan kerusi Ahli Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan pada 12 Ogos 2021.
Iskandar Dzulkarnain, 45, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan, sumber manusia dan pemasaran dari Universiti di Perth, Australia serta kini memegang jawatan sebagai Pengarah dan Pengerusi Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation).
Shamsuddin, 72, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selama 18 tahun, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak selama lima tahun.
Sementara itu, Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan kedua-dua Ahli Dewan Negara itu sambil mengingatkan mereka supaya menggalas tanggungjawab sebaik mungkin serta menunaikan segala sumpah dilafazkan dengan penuh amanah kerana Dewan Negara sedang melalui fasa transformasi.
"Pelantikan Yang Berhormat berdua (Iskandar Dzulkarnain dan Shamsuddin) berdasarkan peruntukan Perkara 45 1(a) Perlembagaan Persekutuan yang dipilih mewakili negeri-negeri sepertimana Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan.
"Yang Berhormat seharusnya dapat menggunakan pentas ini seluas mungkin untuk membawa suara negeri Yang Berhormat wakilkan di Dewan yang mulia ini agar peranan Yang Berhormat sebagai wakil negeri dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor serta dihormati," kata Rais sambil mengingatkan senator agar berdebat secara sihat di dalam Dewan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Pelantikan mereka berkuat kuasa mulai 20 Dis 2021 hingga 19 Dis 2024 setelah dipilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. - Foto BERNAMA

Kes Dera | Disyaki dera anak saudara, suami isteri direman
Pasangan suami isteri ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang juga anak saudara mereka, disyaki didera di Ipoh, Perak. Perintah reman dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

PRU15 | Amanah mahu tanding lebih banyak kerusi
Parti Amanah Negara (Amanah) berhasrat bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.//
![[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51 [TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967177/23697343341652676294279_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media Menteri Kanan Pendidikan pasca sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51
Ikuti sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Selamat Hari Guru | Sambutan bersejarah Hari Guru ke-51 di Kelantan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke 51 pada tahun ini cipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya diadakan di Kelantan. Diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, UMK Kampus Bachok, dengan bertemakan "Guru Tunjang Sekolah Sejahtera", ia diraikan selepas dua tahun negara dalam pandemik COVID19.
![[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022 [TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967174/23697343111652676285727_640x360.jpg)
[TERKINI] Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 2022
Ikuti Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali ke – 51 2022 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan #HariGuru2022 #AWANInews #TerimaKasihCikgu

Kuasa beli rakyat meningkat, pacu KDNK disebalik inflasi
Penggunaan persendirian yang meningkat lebih dua kali ganda merupakan cerminan kepada keyakinan dan kuasa beli rakyat. Walaupun KDNK meningkat, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai beri amaran tekanan inflasi. #NiagaAWANI #AWANIPagi #Ekonomi #KDNKMalaysia

COVID-19: Kes mingguan, kemasukan ke hospital meningkat
Kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus (8,732 kes kepada 19,137 kes).

Isu warden asrama: Tiada toleransi dengan sekolah yang cuba sorokkan.
Mengenai isu warden asrama, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata KPM tidak akan bertoleransi dengan mana-mana sekolah yang cuba sorokkan. #AWANInews

Ambil kira impak kepada murid-murid - Radzi Jidin
"Kadang-kadang orang marah Menteri orang Kelantan, nak masuk Kelantan tak boleh. Kita kena adil kepada murid,'' kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin. Katanya, waran negeri ada maksimum.

Pertukaran guru boleh mohon bila-bila masa saja tetapi ... - Radzi Jidin
Permohonan boleh dibuat bila-bila masa tetapi prosesnya adalah empat kali setahun, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengenai pertukaran guru.

Emmanuel Macron angkat sumpah jawatan presiden penggal kedua
Dalam ucapannya, beliau berjanji akan mengetuai negara itu dengan matlamat untuk berkhidmat kepada rakyat.

Sri Lanka: 17 menteri baharu angkat sumpah jawatan
Seramai 17 Ahli Parlimen Sri Lanka pada Isnin mengangkat sumpah sebagai menteri ketika negara itu berdepan ketidakstabilan politik dan krisis ekonomi yang teruk.

Presiden Moon tinggalkan kediaman rasmi pada 9 Mei, sehari sebelum pelantikan rasmi Yoon
Presiden Korea Selatan Moon Jae In akan berpindah dari kediaman rasminya Cheong Wa Dae (Rumah Biru) pada 9 Mei, sehari sebelum penggantinya Yoon Suk Yeol angkat sumpah jawatan.

Gara-gara terlalu popular, BTS tidak diundang ke majlis angkat sumpah Presiden Korea Selatan
Ketua Jawatankuasa Majlis Angkat Sumpah Presiden Korea Selatan, Park Joo-sun mengesahkan kumpulan muzik tersohor, BTS tidak akan diundang untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.

Kabinet baharu Sri Lanka: Empat menteri angkat sumpah
Mereka terdiri Menteri Kewangan, Menteri Luar, Menteri Pendidikan dan Menteri Lebuhraya.

"Sekarang bukan tempoh berbulan madu, Exco baharu perlu fokus tunaikan janji" - Sultan Johor
Barisan Exco perlu kekal fokus dalam melaksanakan janji-janji atau ikhtiar yang telah dibuat dalam kempen pilihan raya.

Barisan Exco Johor angkat sumpah hari ini
Majlis akan berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene.

Exco Johor angkat sumpah Sabtu ini - MB
Majlis angkat sumpah Exco Johor dijangka berlangsung Sabtu ini selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

'Saya berasa insaf dan kerdil' - Onn Hafiz junjung kasih pelantikan sebagai MB Johor
Beliau berasa insaf dan kerdil dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Calon MB Johor: Istiadat Angkat Sumpah pada pukul 3 petang?
Sumber memaklumkan Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar akan berlangsung di Istana Bukit Serene, 3 petang ini.