awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2020
04:15 MYT
Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis
Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek yang berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan di Kota Bharu, Kelantan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Dua lelaki disyaki terlibat dengan pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan sehingga berlaku gangguan bekalan air di Selangor ditahan pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek yang berusia 20 dan 30 tahun itu ditahan di Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, kedua-dua suspek itu ditahan selepas maklumat orang ramai menjurus kepada penglibatan mereka dalam pencemaran itu.
"Walaupun demikian, kita masih menunggu laporan penuh soal siasat kerana suspek baharu ditahan tengah hari semalam (Selasa) di Kota Bharu dan sekarang dalam perjalanan ke Nilai memandangkan kes ini disiasat di Negeri Sembilan (Ibu Pejabat Polis Kontinjen).
"Jadi berilah sedikit masa untuk kita siasat, KIta tidak boleh terburu-buru atau tergesa-gesa kerana ia melibatkan kes yang sensitif," katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Acryl Sani merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersil dan pelancaran portal dan aplikasi Semak Mule.
Siasatan terhadap lelaki itu djalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.
Ahad lalu, sebanyak 309,687 akaun pengguna di 274 kawasan membabitkan empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.
Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elena Baseri berkata, Loji Rawatan Air (IRA) Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya berikutan insiden pencemaran itu.
Topic Berkaitan
#pencemaran
#air mentah
#gangguan bekalan air
#Kota Bharu
#Kelantan
#Acryl Sani Abdullah Sani
#suspek
#Sungai Batang Benar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan