Skip to main content

Malaysia

Trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini

KUALA LUMPUR, 19 Mac -- Situasi aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak ke arah Pantai Timur mula sesak apabila warga kota mula pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidilfitri ketika tinjauan di sini hari ini.  Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dengan baik, memandu berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya._BERNAMA
Situasi aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak ke arah Pantai Timur mula sesak apabila warga kota mula pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidilfitri ketika tinjauan hari ini. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pagi ini susulan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri esok.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, setakat 8 pagi, hanya dua lokasi utama, iaitu Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mengalami kesesakan manakala laluan lain termasuk menghala ke Selatan masih terkawal.

Advertisement

“Di Lebuhraya LPT, aliran trafik perlahan antara Lentang ke Bentong disebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi.

“Kesesakan turut dikesan di Lebuhraya KL-Karak bagi arah Timur dengan trafik perlahan 9.8 kilometer (KM) dari KM48.1 hingga KM57.9 (Bukit Tinggi) disebabkan sebuah kenderaan rosak yang menghalang lorong laju,” katanya semasa dihubungi Bernama.

Di Lebuhraya PLUS, trafik perlahan dari arah Kuala Kangsar ke Changkat Jering susulan treler rosak di KM264.4 arah Utara dari Ipoh Utara ke Kuala Kangsar yang menyebabkan lorong kiri terhalang, namun keadaan trafik masih terkawal.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan teliti dan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM 1-800-88-7752 bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan panjang.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video