IPOH: Dua Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) automatik telah siap dipasang di dua Taman Eko-Rimba di Perak iaitu di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong di sini, dan Taman Eko-Rimba Lata Iskandar, Tapah.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pemasangan EWS masing-masing di dua kawasan berkenaan dilaksanakan dengan peruntukan RM800,000 oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pada tahun lalu.
Katanya ia juga bertujuan untuk menjadikan Taman Eko-Rimba di negeri ini sebagai destinasi ekopelancongan hutan yang selamat, selesa dan kondusif kepada para pelancong.
“Jadi dengan adanya sistem amaran awal ini, siren yang dibunyikan sekurang-kurangnya akan ingatkan pengunjung bahawa ada amaran bahaya (iaitu risiko kepala air akan berlaku dalam masa terdekat).
“Oleh itu, kepada pengunjung yang mendengar bunyi siren berserta amaran suara daripada sistem EWS ini, segeralah meninggalkan kawasan air terjun sebab kita tak tahu berapa kelajuan air itu akan turun.
“Ada setengah kawasan lata seperti di Lata Iskandar itu cerunnya lebih curam jika hendak dibandingkan dengan di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong.
“Justeru kita berharap sistem ini dapat membantu meyakinkan orang ramai untuk berkunjung di kawasan-kawasan rekreasi seperti itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian EWS Dan Kick-off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta pokok 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di sini pada Isnin.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, barisan Exco, serta Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop.
Selain itu Saarani berkata Jabatan Perhutanan Negeri akan membuat penilaian kos sebelum membuat permohonan kepada NRECC bagi menaik taraf EWS di lima Taman Eko-Rimba lain daripada sistem manual kepada automatik.
“Terdapat 13 Taman Eko-Rimba di seluruh Perak namun tujuh daripadanya dikenal pasti sebagai kawasan yang sering dikunjungi ramai selain kerap berlaku fenomena kepala air,” katanya lagi.
Sebelum itu ketika berucap pada majlis itu, Mohamed Zin berkata EWS di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong dan Taman Eko-Rimba Lata Iskandar yang berfungsi secara automatik mampu mengesan fenomena kepala air dalam tempoh awal 5 ke 10 minit.
Katanya ‘sensor’ pada stesen kawasan yang diletakkan di hulu dan hilir sungai itu akan mengesan perubahan paras air sungai serta mengukur kadar taburan hujan semasa.
Tambahnya, sekiranya paras air sungai berada pada paras waspada atau bahaya, siren amaran akan berbunyi diikuti dengan pengumuman amaran secara automatik.
“Pengunjung juga boleh mengakses sistem ini dengan memuat turun aplikasi sistem EWS Jabatan Perhutanan Negeri bagi menilai keadaan semasa dan tahap keselasaman di sesuatu Taman Eko-Rimba,” jelasnya.
Difahamkan apabila amaran ‘waspada’ pertama dikeluarkan, pihak pentadbir Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia akan menerima notifikasi awal dalam bentuk ‘Telegram Bot’, bagi mengetahui keadaan semasa amaran yang dikeluarkan.
Amirrul Rabbani
Mon Feb 27 2023

Saarani sewaktu merasmikan Majlis Perasmian EWS Dan Kick-off Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100 juta pokok 2023 di Taman Eko Rimba Kledang Saiong, di Ipoh pada Isnin. - Foto Astro AWANI

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Malaysia laksana tugas dengan cemerlang sebagai Pengerusi ASEAN pada detik genting - Pengerusi FPCI
Dunia kini berada dalam keadaan yang amat sukar dan sistem antarabangsa sedang menghadapi tekanan hebat.

Sarawak sokong matlamat ASEAN di sebalik cabaran ekonomi global
Sarawak sehaluan dan secara aktif menyumbang kepada ASEAN, membuktikan bahawa pemeliharaan alam sekitar dan perpaduan sosial boleh berjalan seiring.

ASEAN seru ekosistem digital yang selamat, inovatif dan terangkum
Para pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan terangkum.

Dua Taman Eko-Rimba di Perak dilengkapi EWS, peruntukan RM800,000
Dua Sistem Amaran Awal Kepala Air (EWS) automatik telah siap dipasang di dua Taman Eko-Rimba di Perak iaitu di Taman Eko-Rimba Kledang Saiong di Ipoh, dan Taman Eko-Rimba Lata Iskandar, Tapah.