awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua terkorban akibat kebocoran gas ammonia di Sipitang

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2016
11:42 MYT
Dua terkorban akibat kebocoran gas ammonia di Sipitang
Insiden berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi. - Gambar hiasan
Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengesahkan kebocoran ammonia berlaku di loji Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd (PCFSSB) di Sipitang, Sabah pada 9.30 pagi Selasa.
Dalam kenyataan di sini hari ini, Pertonas Chemicals berkata Pasukan Respons Kecemasan syarikat itu segera dikerah ke tempat kejadian dan keadaan berjaya dikawal.
Katanya, lima pekerja kontrak PCFSSB terjejas dalam kejadian itu.
"Syarikat ini dengan dukacita memaklumkan bahawa dua kematian dilaporkan. Tiga petugas lain diberi rawatan perubatan sewajarnya," kata kenyataan itu.
Menurutnya, PCFSSB telah menghulurkan semua bantuan yang diperlukan kepada mereka yang terjejas dan anggota keluarga masing-masing.
"Kejadian itu tidak memberi ancaman segera terhadap masyarakat sekeliling atau alam sekitar dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebocoran," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Sipitang DSP Awang Arshad Awang Bakar yang dihubungi melalui aplikasi WhatsApp berkata mereka yang meninggal dunia terdiri daripada seorang rakyat tempatan dan seorang warga asing.
Topic Berkaitan
#ammonia
#awang arshad awang bakar
#bocor
#gas
#Petronas Chemicals Fertilisers Sabah Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan