SEREMBAN: Dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dan menerima suapan RM350,000 bagi membantu sebuah syarikat dilantik melakukan kerja-kerja menaik taraf di Kompleks Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur.
Pertuduhan ke atas CEO iaitu Mohd Zamry Sulaiman, 52, dan Anuar Md Isa, 54, yang bekerja sendiri dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mohd Zamry didakwa bersubahat dengan Anuar secara rasuah menerima suapan wang RM250,000 dan RM100,000 daripada seorang lelaki sebagai upah membantu sebuah syarikat dilantik bagi melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di Kompleks Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi Tetuan Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Senawang, Seremban pada 1 Jun dan 11 Okt 2022 mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 16(a)(A) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta serupa.
Anuar pula dituduh secara rasuah menerima suatu suapan iaitu wang berjumlah RM350,000 melalui cek daripada individu sama dalam akaun bank miliknya sebagai upah bagi membantu syarikat berkenaan bagi tujuan serupa di lokasi dan tarikh sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abd Muntaqim Abdul Aziz dan Fatin Farhana Ismail.
Mohd Zamry diwakili peguam A. Ashok dan V. Muniandy manakala peguam Azrul Zulkifli Stork mewakili Anuar.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri di Pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan dan menetapkan 12 Dis untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

Mohd Zamry (kanan) dan Anuar (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa. -Foto Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 April 2025.
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin– 28 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Elak sebar kandungan lucah, perlu bangun kod teras
Sistem kecerdasan buatan (AI) perlu dibangunkan dengan kod teras bagi menghalang penyalahgunaan seperti penghasilan dan penyebaran kandungan lucah.
Polis perlu pandangan pihak luar untuk tingkatkan perkhidmatan - Saifuddin
Ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan pandangan pihak luar untuk meningkatkan tahap perkhidmatan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 April 2025.

SPRM terima tiga kenderaan khas bagi kegunaan pasukan taktikal ACTS
SPRM menerima tiga unit kenderaan baharu bagi kegunaan Pasukan Taktikal SPRM (ACTS) selaras usaha memantapkan keupayaan unit berkenaan.

SPRM sita aset bernilai RM285 juta tahun lepas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berjaya merampas, membeku dan melucut hak aset serta mengenakan kompaun yang kesemuanya bernilai lebih RM285 juta pada 2024 dalam usaha membanteras jenayah rasuah.

Ismail Sabri selesai beri keterangan selepas hampir empat jam
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberikan keterangan untuk kali kesembilan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Ismail Sabri sambung beri keterangan di SPRM
Ismail Sabri menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasat an kes rasuah dan pengubahan wang haram dikaitkan dengan beliau.

Ismail Sabri selesai beri keterangan tujuh jam di SPRM, disambung esok
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, hari ini.

Pegawai polis, pengarah syarikat ditahan kes tuntutan palsu RM15 juta kontrak PDRM, KDN
Pegawai polis dan pengarah syarikat ditahan kes tuntutan palsu RM15 juta bagi perolehan kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Command & Control, Communication & Computer Integration (C4i).

Ismail Sabri sambung beri keterangan hari ini
Ia adalah berhubung pengisytiharan harta yang telah dibuat oleh beliau kepada SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.

Op Birth: Dua wanita direman bantu siasatan kes daftar kelahiran palsu
Dua wanita direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan borang daftar kelahiran palsu.

Ceroboh hutan Raub, SPRM buka semula kertas siasatan - Azam Baki
SPRM membuka semula kertas siasatan berhubung pencerobohan hutan simpan di Raub, Pahang yang mendapat perhatian masyarakat, baru-baru ini.