awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua termasuk kanak-kanak ditahan disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan

Bernama
Bernama
29/08/2024
15:59 MYT
Dua termasuk kanak-kanak ditahan disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan
Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun dan kanak-kanak berumur 12 tahun disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan di Taman Cahaya Ampang pada Ahad lepas. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun dan kanak-kanak berumur 12 tahun disyaki terlibat kes curi dalam kenderaan di Taman Cahaya Ampang pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kedua-dua mereka ditahan pada 11.30 malam semalam di sekitar Pandan Indah di sini selepas polis menerima laporan daripada pemandu e-hailing berusia 37 tahun mengenai kehilangan barangan dalam kenderaan miliknya.
Beliau berkata pemandu berkenaan mendakwa meletakkan kereta jenis Perodua Alza di luar pagar rumah di Taman Cahaya Ampang pada 1.30 pagi dalam keadaan tidak berkunci.
"Kira-kira empat jam kemudian ketika hendak menggunakan kereta itu, didapati bahagian dalam kenderaan berselerak dengan beberapa barangan berharga dilaporkan hilang," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Azam berkata hasil semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah dan direman empat hari hingga 1 Sept ini, manakala kanak-kanak berkenaan direman sehari hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan kerana mencuri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi dalam kenderaan
#Taman Cahaya Ampang
#Kanak-kanak
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan