awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo
[KOLUMNIS] Dasar Industri Pertahanan Perkasa Kedaulatan Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua warga Thailand ditemui maut dalam kebakaran rumah di Pontian

Bernama
Bernama
27/08/2025
09:21 MYT
Dua warga Thailand ditemui maut dalam kebakaran rumah di Pontian
Rumah kekal satu tingkat itu dilaporkan musnah 80 peratus ketika pasukan keluaran operasi tiba di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
PONTIAN: Dua lelaki warga Thailand berusia 37 dan 31 tahun maut manakala empat lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Batu 36, Jalan Pontian, di sini kira-kira 11 pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazri Ahmad Shahidon berkata 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru dan BBP Pekan Nenas digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
Rumah kekal satu tingkat itu dilaporkan musnah 80 peratus ketika pasukan keluaran operasi tiba di lokasi kejadian.
"Terdapat tujuh mangsa terlibat dalam kejadian itu dengan dua daripadanya disahkan maut setelah melecur sebanyak 95 dan 80 peratus anggota badannya, seorang lagi melecur teruk dan disahkan parah dengan 40 peratus kecederaan anggota badan.
"Mangsa yang maut dikenali sebagai Masabuding, 37, dan Nasri, 31," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiga mangsa lain cedera ringan manakala seorang lagi selamat dan kesemua mereka berusia sekitar 40-an.
"Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS bomba dan operasi pemadaman kini masih dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dua lelaki warga Thailand
#cedera dalam kebakaran
#Masabuding
#Nasri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan