Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Julai 2026.

  1. Had jualan diesel pengangkutan darat dibatalkan mulai hari ini

    KPDN berkata mekanisme baharu yang diperkenalkan kerajaan diyakini dapat memastikan pengagihan diesel bersubsidi dilaksanakan dengan lebih bersasar, cekap dan berkesan.
     

  2. Malaysia perkukuh asas kepercayaan digital melalui RUU tadbir urus AI

    RUU yang kini berada pada peringkat akhir penyediaan itu akan melengkapkan rangka kerja sedia ada, termasuk Akta Keselamatan Siber dan peraturan perlindungan data negara.
     

  3. Usaha sama Weststar-RTI dijangka jana potensi komersial lebih RM42 bilion

    Menerusi perjanjian itu, Weststar dan RTI akan menubuhkan syarikat usaha sama di Malaysia dan Australia bagi membangunkan keupayaan aeroangkasa dan pertahanan berdaulat.
     

  4. Tiada lagi alasan tangguh, Mahkamah Rayuan tetapkan September prosiding kes Rosmah

    Panel tiga hakim menetapkan rayuan berkenaan didengar selama 16 hari, pada 1 hingga 4, 8 hingga 11 serta 21 hingga 30 September.
     

  5. Subsidi produk petroleum dijangka hampir RM40 bilion tahun ini - MOF

    Kerajaan menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari 2026, sebelum melonjak kepada RM5 bilion sebulan pada Mac dan April 2026.
     

  6. Sultan Selangor zahir terima kasih, syabas kepada PM Anwar teruskan projek LRT3

    Sultan Sharafuddin menegaskan projek LRT3 Shah Alam itu yang berjaya direalisasikan selepas melalui pelbagai cabaran, memberi manfaat kepada rakyat Selangor.
     

  7. Isu pemandu mabuk: PDRM bangunkan sistem pemprofilan pantau pemandu, kenderaan 

    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan membangunkan sistem pemprofilan melibatkan pemandu, syarikat dan kenderaan perdagangan bagi memperkukuh usaha membanteras kes pemanduan di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

     
  8. AKPS gagalkan cubaan seludup keluar dadah bernilai RM1.69 juta di KLIA Terminal 1

    Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah bernilai RM1.69 juta ke luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada Isnin.

     
  9. Tragedi Gerik berulang, ibu gajah enggan berganjak tujuh jam selepas anak mati

    Tragedi di Gerik, Perak pada 11 Mei tahun lepas yang meruntun jiwa dan emosi seluruh negara pada Hari Ibu seakan berulang hari ini apabila seekor anak gajah mati dilanggar kenderaan, manakala ibunya enggan berganjak selama tujuh jam di Jalan Felda Nitar, Mersing

     
  10. Dewan Rakyat lulus RUU Jenayah Siber 2026

    Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang antara lain memperuntukkan kesalahan dan hukuman berkaitan pemalsuan digital (deepfake) serta penyebaran imej intim digital yang dimanipulasi melalui sistem komputer kompleks.

Must Watch Video

Advertisement