Skip to main content

Malaysia

Malaysia kekal sumber terbesar pelancong asing ke Indonesia pada Mei

81552201801_Travelluggage.jpg
Jumlah ketibaan pelancong antarabangsa terbesar adalah pelancong dari Malaysia (21.58 peratus), diikuti oleh Australia sebanyak 11.22 peratus dan Singapura pada 9.89 peratus. - Gambar hiasan
Advertisement

JAKARTA: Malaysia kekal sebagai sumber terbesar pelancong asing ke Indonesia pada Mei, menyumbang 21.58 peratus daripada keseluruhan ketibaan antarabangsa, menurut Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia.

Timbalan Statistik Pengedaran dan Perkhidmatan BPS, Ateng Hartono berkata ketibaan pelancong dari Malaysia meningkat berbanding bulan sebelumnya serta tempoh yang sama tahun lepas. 

“Jumlah ketibaan pelancong antarabangsa terbesar adalah pelancong dari Malaysia (21.58 peratus), diikuti oleh Australia sebanyak 11.22 peratus dan Singapura pada 9.89 peratus,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di YouTube pada Rabu.

Ateng berkata Indonesia merekodkan 1.38 juta ketibaan pelancong asing pada Mei, meningkat 10.69 peratus dari April dan 5.83 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan sebahagian besar daripada mereka memasuki negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement