KUANTAN : Seorang guru kerugian RM233,480 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang kononnya mendakwa mangsa terlibat dengan aktiviti pengedaran barang-barang terlarang dan pengubahan wang haram.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, penipuan itu bermula apabila mangsa berusia 55 tahun menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barangan pada 13 Januari lalu.
Menurutnya, panggilan mangsa kemudian disambungkan kepada pegawai polis dan dimaklumkan bahawa dirinya terlibat dengan jenayah.
"Tanpa berfikir panjang, mangsa telah mendedahkan maklumat perbankan miliknya. Mangsa mula menyedari setelah 16 transaksi ke akaun lain telah dibuat.
"Kesemua wang simpanan dalam akaun miliknya yang merupakan ganjaran wang pencen arwah suaminya lesap," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, Ramli menasihati orang ramai supaya jangan mendedahkan butir-butir perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam sebarang aplikasi daripada capaian yang mencurigakan.
"Jangan takut atau cemas apabila dihubungi atau didakwa terlibat dengan apa-apa jenayah oleh panggilan telefon yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.
"Adalah diingatkan bahawa pihak penguat kuasa tidak menjalankan apa-apa siasatan melalui panggilan telefon. Sentiasa semak dengan balai, bank atau pejabat berkaitan yang berhampiran untuk pengesahan," pesan beliau lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023

Penipuan itu bermula apabila mangsa berusia 55 tahun menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barangan pada 13 Januari lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mac 2023.

10 Berita Pilihan - (26 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya.

Macau Scam: Guru kena tipu, wang pencen arwah suami RM233,480 lesap
Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.

Duit pencen arwah suami RM233,480 lesap angkara Macau Scam
Penipuan bermula apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pihak syarikat penghantaran barangan.

Macau Scam: Penolong pegawai dakwa kerugian RM215,100
Mangsa mendakwa dihubungi oleh individu yang memperkenal diri sebagai pegawai insurans bagi 'menyiasat' isu tuntutan yang dibuat mangsa.

Jurutera wanita rugi RM2.9 juta ditipu sindiket Macau Scam
Seorang jurutera sebuah kilang kerugian lebih RM2.9 juta selepas menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa wanita itu terlibat dalam kegiatan jenayah dalam kejadian di George Town.

Macau Scam: Warga emas kerugian RM140,000 diperdaya 'Puan Rohani'
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM140,000 akibat terpedaya dengan penjenayah Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Pensyarah rugi RM21,939 terpedaya tawaran kerja sambilan
Wanita berusia 30 tahun berminat untuk melakukan kerja sambilan selepas melihat satu iklan di laman sesawang Google pada minggu lalu.

Pensyarah wanita IPTA diperdaya 'Inspektor Ku', lesap RM1.3 juta
Seorang pensyarah sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi mangsa penipuan apabila diperdaya sindiket Macau scam sehingga kerugian RM1.3 juta.

Lima individu ditipu libat kerugian lebih RM600,000
Seramai lima individu tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam talian melibatkan kes berasingan.

Jururawat hilang hampir RM200,000 diperdaya Macau Scam
Wanita berusia 36 tahun diminta buat pinjaman peribadi oleh sindiket yang menyamar sebagai syarikat penghantaran barang.