awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal, tidak sah

Bernama
Bernama
06/03/2024
15:14 MYT
DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal, tidak sah
DUN Kelantan hari ini meluluskan usul untuk menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb lepas. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang bersidang hari ini meluluskan usul untuk menggubal semula 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Negeri Kelantan 2019 yang diisytihar batal dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Feb lepas.
Usul itu, yang dicadangkan Ahli DUN (ADUN) Melor Wan Rohimi Wan Daud (Pas), disokong oleh semua ADUN termasuk dua daripada blok pembangkang.
Yang Dipertua DUN Datuk Mohd Amar Abdullah, ketika membenarkan usul itu dibentang, memaklumkan bahawa ia memenuhi tiga syarat iaitu mustahak, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.
Terdahulu, Wan Rohimi berkata masih ada ruang penambahbaikan dan semakan semula peruntukan yang dibatalkan itu bagi membolehkan ia dibentang semula.
Beliau berkata adalah tidak wajar bagi Dewan untuk berputus asa dalam mempertahan bidang kuasa yang dimiliki sebagai kuasa legislatif dalam hal berkaitan agama Islam.
"Usul berkenaan juga selaras dengan titah Sultan Kelantan Sultan Muhamad V dalam memastikan perundangan dari institusi negeri dipertahan dan diperkasakan," katanya semasa Persidangan Penggal Kedua DUN Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.
Sebelum ini, panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membuat keputusan membatalkan enakmen terbabit selepas membenarkan petisyen seorang peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Kelantan
#usul gubal semula
#kesalahan syariah
#Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan