KUALA NERANG: Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di peringkat Pusat membabitkan kerajaan dan pembangkang perlu dicontohi di peringkat negeri bagi mengelakkan 'kelam kabut' politik seperti yang berlaku di Melaka ketika ini.
Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, MoU itu juga dapat memastikan usaha kerajaan dalam memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi serta menangani pandemik COVID-19, tidak terjejas.
Tambahnya, individu yang didakwa terlibat dalam gerakan untuk menukar kepimpinan kerajaan negeri Melaka juga diharapkan untuk tidak tergesa-gesa melakukan perbuatan berkenaan, memandangkan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) berkemungkinan akan diadakan tidak lama lagi.
Beliau turut mengingatkan kumpulan berkenaan untuk memikirkan yang terbaik khususnya dalam mengekalkan kepimpinan kerajaan negeri sedia ada yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
"Saya berharap bahawa mereka-mereka yang terlibat (dalam usaha menukar kerajaan negeri Melaka) dapat memikirkan yang terbaik untuk kekalkan kerajaan yang sedia ada, kita pun paling tinggi (atau paling lama) ada, lebih kurang setahun setengah lagi, tentulah ada Pilihanraya (Umum ke-15), tak perlulah (pihak itu) tergesa gesa.
"Kalau titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kita menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi, kita dengar apa yang dititahkan YDPA agar wujudkan collaboration (atau kerjasama dalam politik),
"Di peringkat Federal (Pusat) sudah ada collaboration (kerjasama itu) antara kerajaan dan pembangkang melalui Memorandum of Understanding (MoU), saya harap di negeri negeri pun sama buat macam itu, tak payah kelam kabut buat masa ini untuk berlawan lagi sebab saya ingat perlawanan ini dah habis, ini bukan main bola ada 90 minit, (isu pergeseran) politik ini sudah habis," katanya.
Mahdzir berkata demikian ketika sidang media selepas majlis penyerahan bas baharu MaraLiner di Bengkel MaraLiner Kuala Nerang pada Sabtu.
Terdahulu, media melaporkan, spekulasi bertiup kencang mendakwa, kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.
Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan dan difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).
Empat wakil rakyat yang disebut-sebut ialah Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas- Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu- Telok Mas), selain bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).
Untuk rekod kerajaan Melaka dipimpin oleh Sulaiman selepas PN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada PH tumbang Mac tahun lalu.
Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.
Abd Hadi Che Awang
Sat Oct 02 2021
Mahdzir berkata MoU itu juga dapat memastikan usaha kerajaan dalam memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi serta menangani pandemik COVID-19, tidak terjejas. - Gambar fail
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Kesediaan hadir program di negeri pembangkang perlihat PM utamakan rakyat
Keterbukaan itu memperlihatkan sikap Perdana Menteri lebih mementingkan soal pembangunan dan kebajikan rakyat.
Bekas Speaker DUN Kedah meninggal dunia
Kesihatan bapanya merosot sejak dua minggu lepas dan dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta sebelum dipindahkan ke HSB.
Azraai Khor berdedikasi, utamakan kebajikan pemain - Mahdzir
Allahyarham Mohd Azraai Khor Abdullah yang membimbing pasukan bola sepak Kedah antara 2004 hingga 2009 disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi.
PRN: BN Kedah akui kekalahan, terima keputusan rakyat - Mahdzir
Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan keputusan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) kali ini.
Mahdzir Khalid kalah di Pedu
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Pedu akan jadi hab pengeluaran getah asli, tarik minat pelabur - Tok Det
Mahdzir berhasrat untuk menjadikan Pedu sebagai lubuk pengeluaran hasil getah.
Rakyat digesa pilih pemimpin mampu tadbir - Mahdzir
Kemajuan negeri bergantung kepada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
PRN: Gelombang penolakan terhadap BN di Kedah sudah reda - Mahdzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata gelombang penolakan terhadap BN sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas dilihat kini telah reda.
PRN: Mahdzir anggap diri calon 'underdog', mahu rampas kerusi Pedu
Situasinya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding di DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi daripada wakil rakyat Pas.
Gabungan PH, BN lancar Manifesto Perpaduan Negeri Kedah
Manifesto itu adalah hasil himpunan pemikiran bersama pimpinan BN dan PH bertujuan memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat Kedah.