KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri Melaka ketika ini dilapor bergolak susulan khabar angin yang mengatakan ada beberapa ADUN dilapor melompat parti untuk membentuk kerajaan perpaduan.
ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang dikatakan akan ‘berpatah balik’ menyokong kepimpinan PH, menafikan dakwaan berkenaan.
“Setakat 4.35 petang ini tidak ada apa apa pun yang bergoyang, semuanya masih berjalan seperti biasa.
“Ada yang kata saya nak masuk sana sini, apa punya cakap tu ? Semua boleh cakap. Biarlah orang bercakap, terpulanglah mulut masing-masing," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Pemimpin utama Pakatan Harapan dilapor berusaha untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk mengambil alih kerajaan.
Memetik laporan The Star, dua pemimpin kanan PH dilihat berada di kediaman Mohd Ali di Bukit Katil pada Jumaat.
Sumber Perikatan Nasional yang memaklumkan kepada The Star itu turut berkata mereka membawa 15 Akuan Bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan baharu merangkumi UMNO, DAP, Parti Amanah Negara, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan seorang bebas.
Bagaimanapun, difahamkan mereka tidak dapat berjumpa dengan Mohd Ali.
Sumber turut mendakwa empat ADUN UMNO sedia untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan pembangkang sekarang.
Turut dilaporkan satu mesyuarat diadakan di Petaling Jaya pada Khamis antara pembangkang dengan beberapa ADUN yang lain.
BACA: Melaka bakal bertukar tangan?
Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan spekulasi bertiup kencang kononnya kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.
Ini susulan empat ADUN didakwa akan melompat ke Pakatan Harapan.
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Melaka, Ahmad Bilal Rahudin ketika dihubungi portal itu memaklumkan supaya menunggu berita petang ini.
Sementara itu, portal Malaysiakini pula melaporkan timbul spekulasi mengatakan kerajaan negeri baharu atau kerajaan perpaduan dibentuk di Melaka yang dipimpin Barisan Nasional selepas parti itu memberi tawaran kepada pembangkang.
Ia membawa kepada perbincangan yang diadakan pada Khamis antara ADUN PH dan kepimpinan PH Pusat yang dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.
Astro Awani
Fri Oct 01 2021
Terdahulu, Norhizam Hassan Baktee (gambar) yang dikatakan akan berpatah balik menyokong kepimpinan PH, menafikan dakwaan berkenaan ketika dihubungi Astro AWANI. - Gambar fail
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DUN Melaka kini bergolak? Ini apa yang kita tahu setakat ini
Mereka membawa 15 Akuan Bersumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan baharu.