awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Pahang rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Johari Harun

Bernama
Bernama
05/09/2023
03:36 MYT
DUN Pahang rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Johari Harun
Johari adalah antara 10 yang terkorban dalam nahas pesawat yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, Ogos lalu. - Gambar fail
KUANTAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
Yang Dipertua DUN Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang merakamkan ucapan itu sebelum sesi soal jawab bermula pada persidangan DUN di Wisma Sri Pahang di sini, juga sebak semasa membaca profil ringkas Allahyarham.
"Sesungguhnya rezeki, jodoh dan ajal adalah di tangan dan ketentuan Allah S.W.T. Hari terus beredar dan masa cepat berlalu, namun kita masih ingat, sedih dan berasa pilu terutamanya semasa menerima berita pemergian Allahyarham Johari.
"Sama-sama kita ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga isteri beliau Datin Seri Maziah Samsudin tabah menerima ketentuan Ilahi. al-Fatihah dan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama mereka yang beriman," katanya.
Mohd Sharkar seterusnya menjemput semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang yang beragama Islam untuk menghadiakan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarham, manakala yang bukan Islam bertafakur selama seminit.
Johari, 53, adalah antara 10 yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas berdekatan Bandar Elmina, semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Selangor dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada 2.50 petang.
Selain lapan individu dalam pesawat, nahas itu turut mengorbankan masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing yang melalui jalan itu semasa pesawat malang tersebut terhempas.
Johari merupakan ADUN Pelangai selepas menang kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sebelum dilantik untuk menjadi sebahagian daripada 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk sektor korporat.
Pada PRU15, Johari yang bertanding kali pertama atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang memperoleh 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65 undi).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai berlangsung pada 7 Okt ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Sept ini manakala 3 Okt sebagai hari pengundian awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN pahang
#Johari Harun
#nahas pesawat
#Elmina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan