awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bank Dunia luluskan AS$250 juta sokong pemulihan pascakonflik Lubnan
MALAYSIA
Pengerusi NGO ditahan sekali lagi disyaki terlibat pengubahan wang haram
DUNIA
Serangan udara Israel ragut 12 nyawa orang awam di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

DUN Sarawak bersidang sehari pada 7 Julai

Bernama
Bernama
25/06/2025
06:31 MYT
Sponsor Banner
DUN Sarawak bersidang sehari pada 7 Julai
Mohamad Asfia berkata persidangan itu dipanggil susulan permintaan daripada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di bawah Peraturan Mesyuarat 8(3). -Gambar fail/Bernama
KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berlangsung selama sehari pada 7 Julai ini.

Ringkasan AI
  • Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berlangsung selama sehari pada 7 Julai 2025, bermula jam 9 pagi hingga 6.30 petang.
  • Speaker DUN, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, memanggil persidangan tersebut atas permintaan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengikut Peraturan Mesyuarat 8(3).
  • Setakat ini, tiada rang undang-undang diterima untuk persidangan itu, dan sidang media akan diadakan jika ada perkembangan lanjut.

Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata persidangan itu dipanggil susulan permintaan daripada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di bawah Peraturan Mesyuarat 8(3).
"Berikutan permintaan berkenaan, saya telah mengeluarkan notis memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk persidangan pada 7 Julai.
"Setakat ini, saya belum menerima sebarang rang undang-undang berkaitan persidangan ini. Sebaik sahaja saya menerimanya, saya akan mengadakan sidang media untuk memberi taklimat mengenainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Parlimen Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di sini hari ini.
Mohamad Asfia berkata persidangan sehari itu dijadual berlangsung dari 9 pagi hingga 6.30 petang dan boleh dilanjutkan jika perlu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Sarawak
#7 Julai 2025
#Mohamad Asfia Awang Nassar
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami