awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
23/05/2022
05:32 MYT
DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kerajaan negeri telah menghantar formula khusus kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula geran khas tahunan kepada Sarawak agar ianya diagihkan secara adil dan saksama.
KUCHING: Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.
Timbalan Menteri Undang-undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata syor penilai bebas tersebut akan mengikat keputusan di antara kedua-dua pihak sebagai tanda persetujuan.
“Lantikan penilai bebas ini akan berkuat kuasa seolah-olah persetujuan yang dimerterai adalah daripada kerajaan negeri dan Persekutuan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 112D (6) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wilfred Yap Yau Sin (GPS-Kota Sentosa) berkenaan status geran khas tahunan Sarawak dan langkah seterusnya jika semakan berkaitan hak negeri itu tidak mencapai persetujuan di DUN Sarawak pada Isnin.
Hasidah menambah, di bawah Perkara 112D, kerajaan negeri telah menghantar formula khusus kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula geran khas tahunan kepada Sarawak agar ianya diagihkan secara adil dan saksama.
“Premier Sarawak juga merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak telah menekankan bahawa penagihan geran khas tahunan kepada negeri ini mestilah berdasarkan sebuah formula yang munasabah dan pragmatik mengambil kira kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam perkara 112D Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya lanjut.
Terdahulu, Hasidah menegaskan kerajaan Sarawak masih meneruskan komitmen untuk memuktamadkan perbincangan berkenaan geran khas tahunan di bawah Perkara 112D bersama Kerajaan Persekutuan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama di bawah Mesyuarat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Kerajaan negeri telah menggesa Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama ini diadakan pada masa terdekat agar formula yang diusulkan untuk menyemak geran tersebut dan perkara berkaitan dapat dibincangkan serta dipersetujui segera,” katanya.
Topic Berkaitan
#DUN Sarawak
#MA63
#penilai bebas dilantik
#Tuntutan MA63
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan