Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (Pindaan 2018) yang antara lain menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam dari 16 ke 18 tahun di Selangor.
Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara anggota DUN.
Sebelum ini, Seksyen 8 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 telah menetapkan bahawa umur minimum perkahwinan bagi lelaki Islam adalah tidak kurang daripada 18 tahun manakala bagi perempuan Islam adalah tidak kurang daripada 16 tahun.
Menteri Besar, Amirudin Shari ketika membentangkan usul tersebut, berkata RUU itu juga diperkemaskan supaya perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun, tidak bercanggah dengan hukum syarak selain menjaga kebajikan mereka.
Beliau berkata peruntukan itu juga selaras dengan tafsiran 'kanak-kanak' di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) yang memperuntukan bahawa kanak-kanak ialah seorang berumur di bawah 18 tahun.
"Selangor memandang serius isu perkahwinan kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 yang berlaku di Selatan Thailand baru-baru ini.
"Susulan itu, Sultan Selangor menitahkan MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) mengkaji had minimum perkahwinan orang Islam di Selangor dengan memperkemaskan tatacara permohonan," katanya.
Amirudin berkata RUU itu memperuntukkan agar permohonan perkahwinan di bawah umur 18 tahun, perlu mendapatkan kebenaran daripada Hakim Mahkamah Syariah di negeri ini.
Katanya, RUU itu juga memperuntukan keperluan bagi ibu atau bapa atau penjaga, bertindak sebagai pemohon bagi pihak kanak-kanak bawah umur minimum, hendaklah menyertakan suatu afidavit.
"Semasa pendengaran permohonan tersebut hakim syarie akan mengarahkan kanak-kanak tersebut menjalani sesi kaunseling dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM)," katanya.
Dalam istiadat perasmian DUN Selangor Isnin lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan wanita daripada 16 kepada 18 tahun.
Sultan Selangor bertitah baginda memandang serius kes-kes melibatkan perkahwinan kanak-kanak Islam pada usia yang terlalu muda, terutama kanak-kanak perempuan kerana bimbang tentang risiko kemudaratan masa depan pasangan terbabit dan kesannya kepada masyarakat kelak.
Persidangan dewan itu kemudian ditangguh pada satu tarikh yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 05 2018
Isnin lepas, Sultan Selangor berkenan dengan cadangan MAIS dan Jais untuk menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan wanita daripada 16 kepada 18 tahun. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Wanita diarah jalani khidmat masyarakat 240 jam kerana tinggal anak tanpa jagaan
Seorang ibu hari ini diperintah melaksanakan khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, kerana mengabaikan tiga anaknya.
Tindakan tegas terhadap individu zalimi kanak-kanak - MB Johor
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang menzalimi kanak-kanak, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.
Wujudkan jabatan khas tangani isu kanak-kanak didera, buli - Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah agar kerajaan melihat kepada kemungkinan mewujudkan sebuah jabatan khas untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan dan buli.
Pasangan kekasih mengaku tak bersalah dedah kanak-kanak kepada bahaya
Sepasang kekasih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mendedahkan seorang kanak-kanak kepada bahaya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.
Wanita didakwa abai bayi hingga meninggal dunia
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan hingga menyebabkan kematian, awal bulan ini.
Kanak-kanak tertelan dadah sudah dipindahkan, namun masih lemah
Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anaknya sudah mulai senyum dan menyapa apabila dipanggil namanya.
Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba
Ras Adiba sarankan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.
Wanita ditahan bantu siasatan bayi diasuh mati lemas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung seorang bayi perempuan berusia 18 bulan yang dijaganya meninggal dunia dipercayai kerana lemas.
KPWKM kaji semula Akta Kanak-Kanak 2001
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mengkaji semula Akta Kanak-Kanak 2001 yang kali terakhir dipinda pada 2016.