SHAH ALAM: Selepas kerajaan menyarankan peniaga makanan untuk memperkenalkan Menu Rahmah, peniaga durian juga tidak ketinggalan untuk menyahut seruan tersebut.
Peniaga Durian di Jalan Kebun yang dikenali Durians Atok mengambil inisiatif menjual raja buah tersebut dengan hanya RM4.99 sebekas.
Menurut perkongsiannya di Facebook, jualan yang dilakukan sebanyak 50 bekas tersebut telah berjaya dijual dalam masa 10 minit sahaja.
“Tadi atok ada buat durian Menu Rahmah tanda menyahut seruan kerajaan. 50 bekas terjual dalam 10 minit sahaja.
“Insya-ALLAH. Esok Sabtu jam 3 petang 50 bekas durian Menu Rahmah,” katanya pada Jumaat.
Pada 27 Januari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan akan memperkenal Menu Rahmah iaitu hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah, khusus untuk golongan miskin tegar.
Tambah Salahuddin, menu berkenaan merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur akan dilaksanakan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, minggu depan.
Menu berkenaan tercetus menerusi sesi libat urus KPDN bersama pemain industri bagi mencari kaedah terbaik menangani isu kenaikan harga makanan dalam situasi 'menang-menang' bagi mengurangkan kos operasi serta menawarkan harga munasabah kepada pelanggan.
Oleh demikian, sehingga 31 Januari, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah bagi memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 04 2023

Peniaga Durian di Jalan Kebun yang dikenali Durians Atok menjual raja buah tersebut dengan hanya RM4.99 sebekas. - Sinar Harian

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib [TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016504/7377782631680238540358_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib

Lelaki pukul imam diarah jalani pemeriksaan mental
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Keputusan Mahkamah Persekutuan menujukkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermotifkan politik oleh pihak pendakwaan. "Tiada sesiapa yang kebal undang-undang," katanya. #AWANInews

Insentif pertama kali buat anggota sukarelawan, petunjuk baharu perhatian kerajaan
Pemberian bantuan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Pantau Belanjawan: Inisiatif memperkasa kerjaya wanita

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di Labuan.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

Durian jadi prospek baharu eksport ke China
Wilayah Delta Mekong Tien Giang dan Tanah Tinggi Tengah Dak Lak mempunyai kawasan penanaman durian terbesar yang memenuhi standard eksport.

50 lembu mati dipercayai akibat diracun
Pada masa sama, ternakan itu juga tidak dimasukkan dalam kandang dan dibiarkan berkeliaran mencari makan di dalam ladang kelapa sawit.

Aksi kejar mengejar berjaya tahan penyeludup daun ketum di sempadan negara
Dua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan menaiki kenderaan bernombor pendaftaran Thailand.

Durian Menu Rahmah, hanya RM4.99 sebekas
Jualan yang dilakukan sebanyak 50 bekas berjaya dijual dalam masa 10 minit sahaja.

Pekebun Musang King teruskan permohonan semakan kehakiman
Pekebun Musang King teruskan permohonan semakan kehakiman

Ditipu RM156,000, mangsa 'phone scam' ditemui mati
Siasatan awal mendapati mangsa diperdaya oleh sindiket penipuan 'Phone Scam' yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan polis.

DSR akan lancar Sistem Penjejakan Bersepadu Musang King tahun depan
DSR dan SIRIM Tech Venture menjalin kerjasama sejak tahun lepas membangunkan MKITS yang mengesahkan sumber durian kepada pelanggan.

Laksanakan semula cukai 'durian runtuh' - Pakar ekonomi
Ia sebagai langkah permulaan untuk membawa perubahan kepada sistem percukaian negara sebagai sebahagian daripada agenda reformasi.

PRU15: Trak bawa 24 anggota tentera pergi mengundi terbalik, dua parah
Sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa 24 anggota ke pusat pengundian awal terlibat nahas dan terbalik di Rembau.

'Disko Rimba' pusat hiburan warga asing diserbu
Siasatan lanjut mendapati premis berkenaan diusahakan wanita warga Indonesia bersama teman lekakinya warga Nepal.