awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Durian: Syarikat Malaysia dan China jalin kerjasama

Bernama
Bernama
27/04/2019
21:41 MYT
Durian: Syarikat Malaysia dan China jalin kerjasama
PLS Plantation yakin durian Malaysia akan mendapat permintaan serta diedarkan di serata bandar di China. - Foto Bernama
Sempena penganjuran Forum Jalur dan Laluan Untuk Kerjasama Antarabangsa, festival durian diadakan di sini untuk mempromosikan 'raja buah' Malaysia itu kepada rakyat China.
Acara itu yang berlangsung dua hari bermula semalam, dianjurkan oleh syarikat senaraian awam, PLS Plantation Berhad yang turut menandatangani Perjanjian Induk (HoA) dengan rakan dagangan China dan Malaysia.
Majlis perjanjian itu disaksikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
PLS Plantation menandatangani HoA dengan Shanghai Greeenlanf Group, ZTE Corporation dan PTSKY dari China serta FGV Holdings Berhad dari Malaysia.
"Ini adalah sebahagian daripada rancangan PLS Plantation untuk meningkatkan lagi hubungan dagangan antara Malaysia dan China dalam perniagaan durian," kata syarikat itu dalam kenyataan pada Sabtu.
PLS Plantation yakin durian Malaysia akan mendapat permintaan serta diedarkan di serata bandar di China dan mendatangkan aliran pendapatan bagi bahagian perniagaan durian syarikat itu.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Dr Mahathir berada di China untuk menghadiri forum itu yang berakhir pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#durian
#ekonomi
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan