KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) mahu menjadikan murid sekolah di seluruh negara sebagai 'Duta Madani' peringkat kementerian itu dalam usaha memupuk semangat perpaduan selaras dengan konsep Malaysia Madani.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata perkara itu dicetuskan selepas mendapat inspirasi melalui Festival Semarak Ilmu Tahun 2023 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sentul, di sini, hari ini.
"Saya tegaskan program ini mesti diteruskan dan anak-anak sekolah yang menyertai program hari ini telah pun saya isytiharkan sebagai 'Duta Madani Perpaduan' khususnya di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
"KPM akan teruskan program seperti ini dalam usaha memupuk perpaduan dan juga pembinaan negara Madani dan pengukuhannya melalui program sebegini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival berkenaan.
Fadhlina berkata fungsi duta Madani KPM adalah penting bagi menggagaskan optik lebih jelas mengenai perpaduan di peringkat sekolah dan integrasi kaum.
"...ia juga melibatkan pengukuhan idealisme daripada segi kerangka Malaysia Madani yang inklusif dengan turut mempunyai potensi seni dan budaya yang mesti dipertahankan dan diperkembangkan," katanya.
Menurut beliau, Duta Madani Perpaduan peringkat KPM akan diperluaskan dan diumumkan dalam rangka lawatannya ke negeri-negeri lain dari semasa ke semasa.
"KPM akan memanggil anak-anak sekolah dari semasa ke semasa untuk dilantik sebagai Duta Madani Perpaduan. Bawa mereka untuk bersama berkongsi dengan negeri-negeri lain juga berkaitan dengan potensi (bakat) dan juga bagaimana untuk terus jadi Duta Madani di peringkat sekolah," katanya.
Sementara itu, Festival Semarak Ilmu Tahun 2023 diadakan bagi mengetengahkan bakat , kreativiti serta potensi murid-murid sekolah di daerah Sentul menerusi pelbagai aktiviti, antaranya, persembahan daripada johan bercerita, tarian rakyat dan tradisional, koir, deklamasi sajak, bicara berirama, gamelan dan anglung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyampaikan ucapan pada Majlis Penutup Festival Semarak Ilmu di Pusat Konvensyen HGH Sentul hari ini. - Foto BERNAMA
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
'Duta Madani Perpaduan' murid sekolah pupuk semangat perpaduan - Fadhlina
KPM mahu menjadikan murid sekolah di seluruh negara sebagai 'Duta Madani' peringkat kementerian itu dalam usaha memupuk semangat perpaduan selaras dengan konsep Malaysia Madani.