awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duterte arah tangkap mereka yang tidak pakai pelitup muka dengan betul

Agensi
Agensi
06/05/2021
09:57 MYT
Duterte arah tangkap mereka yang tidak pakai pelitup muka dengan betul
Rodrigo Duterte mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul. - Gambar fail/REUTERS
MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul.
Memetik laporan Rappler, Duterte berkata, ia termasuk mereka yang memakai pelitup muka di bawah hidung.
“Arahan saya kepada polis ialah, mereka yang tidak memakai pelitup dengan betul, demi untuk melindungi orang awam… tangkap mereka,” katanya selepas menghadiri mesyuarat para pegawai pasukan petugas khas pandemik.
Katanya, mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan boleh ditahan sehingga sembilan jam.
Tegas Duterte, hanya dengan tindakan sedemikian orang ramai akan patuh dengan pemakaian pelitup muka yang betul.
“Jika saya tidak buat begitu, jika saya tidak tegas, apa pun tak akan berlaku,” katanya lagi.
Tahun lalu, Duterte pernah memberi amaran keras kepada rakyatnya bahawa mereka akan ditembak mati sekiranya mengingkari perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.
BACA: 'Saya sendiri akan kebumikan anda' - Duterte ugut tembak mati pihak yang ingkar larangan
Berucap secara langsung di televisyen, beliau berkata, tiada sebarang tolak ansur akan diberikan buat pihak yang melakukan serangan terhadap petugas perubatan yang dianggap sebagai satu jenayah serius ketika ini.
Topic Berkaitan
#Rodrigo Duterte
#tangkap
#pelitup muka
#Filipina
#presiden filipina
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan