awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
Tentera Israel dakwa bunuh anggota pasukan Quds Iran di Lubnan
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026

Bernama
Bernama
25/12/2025
20:30 MYT
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Filipina bersedia untuk membantu mencorakkan masa depan pelancongan di rantau ini menjelang Kepengerusian ASEAN 2026, menurut Jabatan Pelancongan (DOT) Filipina.
MANILA: Filipina bersedia untuk membantu mencorakkan masa depan pelancongan di rantau ini menjelang Kepengerusian ASEAN 2026, menurut Jabatan Pelancongan (DOT) Filipina.
Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), DOT mengeluarkan kenyataan itu pada Hari Krismas sambil menyambut kedatangan tahun baharu dengan penuh optimisme, walaupun industri berkenaan berdepan pelbagai cabaran sepanjang 2025.
"Melangkah ke hadapan, Filipina bersiap sedia menjadi tuan rumah Forum Global Pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Gastronomi serta Forum Pelancongan ASEAN 2026 di Cebu, sekali gus mengukuhkan kepimpinan dan daya tahan kami dalam mencorakkan masa depan pelancongan di rantau ini," kata Setiausaha Pelancongan, Christina Frasco pada Khamis.
DOT akan menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2026 di Cebu dari 26 hingga 29 Januari, serentak dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelancongan ASEAN.
Antara dokumen hasil utama yang dijangka dibentangkan pada mesyuarat peringkat tinggi itu ialah Pelan Tindakan Strategik Pelancongan ASEAN, yang Filipina bertindak sebagai negara penyelaras.
DOT berkata, Filipina akan terus memperkukuh kerjasama serta usaha promosi bagi memacu industri pelancongan, yang kekal sebagai pemacu utama ekonomi negara itu.
Pemulihan ketibaan pelancong asing tahun ini dilaporkan perlahan berikutan gangguan visa, bencana alam yang menjejaskan destinasi, persepsi keselamatan serta ketersambungan udara yang terhad.
"Tahun ini menguji negara kita. Bencana alam melanda komuniti, mengganggu sumber kehidupan dan mengingatkan kita betapa rapuhnya kemajuan," kata Frasco.
"Dalam saat paling mencabar ini, pelancongan menjadi sumber harapan, memulihkan pekerjaan, menyokong keluarga dan membantu komuniti bangkit dengan keberanian serta ketabahan," tambahnya.
Walaupun berdepan cabaran, DOT memaklumkan pihaknya telah memperkukuh infrastruktur pelancongan melalui penubuhan Kawasan Rehat Pelancong di seluruh negara, memperluas perkhidmatan digital dan lapangan menerusi Travel Philippines serta Pusat Panggilan Pelancong, selain melancarkan lawatan transit pertama negara itu bersama perkhidmatan concierge perubatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino bagi meningkatkan kebolehcapaian dan pengalaman perjalanan.
Agensi itu juga terus meningkatkan standard hospitaliti menerusi inisiatif Jenama Perkhidmatan Cemerlang Filipina dengan melengkapkan tenaga kerja pelancongan dengan kemahiran serta nilai yang mencerminkan keunggulan rakyat Filipina.
Di peringkat akar umbi, Frasco menzahirkan kejayaan cabaran Tourism Champions Challenge yang membolehkan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara melabur dalam inisiatif pelancongan masing-masing.
"Pelancongan terus bergerak maju kerana rakyat kita. Pekerja kita gigih berusaha, rakan kongsi kita kekal teguh, dan komuniti kita terus menyambut dunia dengan kemurahan hati serta budi bahasa rakyat Filipina, walaupun dalam keadaan tidak menentu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Filipina
#masa depan pelancongan
#Kepengerusian ASEAN
#Jabatan Pelancongan DOT Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan