PUTRAJAYA: Duti import sebanyak 15 peratus yang akan dikenakan ke atas gam nikotin wajar diturun atau dikecualikan kerana produk itu membantu perokok berhenti merokok, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ketika ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menerima banyak aduan berhubung pengenalan duti import daripada syarikat farmasi yang membawa masuk produk gam nikotin dan akan membangkitkan isu berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta perbendaharaan.
"Kita lihat duti terhadap gam nikotin perlu diturun atau dikecualikan kerana ia benda baik dan bantu perokok untuk berhenti merokok," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit Masjid di sini hari ini.
Gam nikotin adalah produk perubatan yang diperkenal untuk berhenti merokok.
Isnin lepas, sebuah portal media melaporkan JKDM akan mengenakan duti import sebanyak 15 peratus per kilogram ke atas gam nikotin yang berkuat kuasa pada 1 Jun.
Khairy juga berkata sebanyak 28,835 premis telah diperiksa menerusi aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam sejak awal Januari hingga 15 Mac lepas.
Katanya setakat 6 April lepas, KKM mengeluarkan sejumlah 13,437 notis kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 atas kesalahan merokok di kawasan larangan dan merokok di bawah umur.
Menyentuh mQUIT Masjid, beliau berkata program yang dimulakan pada 8 April lepas itu akan diteruskan setiap Jumaat pada bulan-bulan berikutnya di 12 masjid terpilih antaranya Masjid Negara, Masjid Wilayah, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di sini.
Khairy berkata setakat ini, seramai 41 orang menyertai program mQuit Masjid dan walaupun angkanya rendah, ia petanda positif kerana masih ada yang tergerak hati datang ke masjid untuk berhenti merokok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (al Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (kiri) melancarkan Program Perkhidmatan Berhenti Merokok mQuit di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. - Foto BERNAMA
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan Malaysia belasah Oman 10-2
Skuad hoki lelaki dalam dewan negara memulakan kempen mempertahankan Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2024 dengan bergaya apabila membelasah Oman 10-2.
PRN Sabah: BN sedia kerjasama dengan mana-mana parti, tapi keutamaan dengan PH
BN sedia bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi PRN Sabah tetapi keutamaan mereka ialah memperkukuhkan kerjasama dengan PH.
AWANI Borneo [21/05/2024] – Pasca mesyuarat Kabinet | Kebakaran terkawal | Tiada pemindahan
Awani Borneo Selasa, 21 Mei 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah
2. Kebakaran hutan Bukit Sim-Sim, tidak jejas sesi persekolahan
3. Baram dinaiki air, pertembungan air pasang & hujan lebat
1. Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah
2. Kebakaran hutan Bukit Sim-Sim, tidak jejas sesi persekolahan
3. Baram dinaiki air, pertembungan air pasang & hujan lebat
Guru besar, kontraktor didakwa tuntut bayaran guna dokumen palsu
Seorang guru besar di Pitas berhadapan lapan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan bersubahat dengan kontraktor bagi tuntutan bayaran.
Pertembungan air pasang & hujan lebat punca baram dinaiki air
Pertembungan air pasang besar dan hujan lebat berterusan menjadi punca Kampung Long Bemang di kawasan Baram, Sarawak dinaiki air sejak Isnin.
Guru besar & kontraktor berdepan empat pertuduhan
Seorang guru besar dan seorang kontraktor dihadapkan di mahkamah khas rasuah Kota Kinabalu pada Selasa atas dakwaan menuntut pembayaran dengan mengemukakan dokumen palsu di salah sebuah sekolah rendah di Sabah.
Autonomi pendidikan mampu atasi kekurangan guru di Sarawak
Langkah serius Sarawak untuk menuntut hak daripada kerajaan persekutuan khususnya dalam autonomi pendidikan seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) mampu mengatasi masalah kekurangan guru.
Sesi persekolahan tidak terjejas, situasi dikawal bomba
Operasi dan aktiviti sekolah yang tidak jauh daripada kebakaran hutan di Bukit Sim-Sim, Sandakan berjalan seperti biasa kerana kebakaran yang dilaporkan berlaku sejak Sabtu lalu terkawal.
Penantian bermakna, beri keselesaan buat keluarga - Penerima
Penerima rumah SMJ yang merupakan ibu tunggal, Chong Kui Kyau gembira menerima rumah tersebut dan menyifatkan rumah miliknya kini sangat bermakna.
Kerjasama dengan LPPB, KTI sasar RM48 juta
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan pelancaran prospektus tawaran awam (IPO) KTI Landmark Berhad yang menyasarkan peningkatan kepada RM48 juta menerusi penyenaraiannya di pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad.
Duti import gam nikotin wajar diturun atau dikecualikan - KKM
Duti import sebanyak 15 peratus yang akan dikenakan ke atas gam nikotin wajar diturun atau dikecualikan kerana produk itu membantu perokok berhenti merokok.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).
PM arah turunkan harga siling topeng muka bawah RM2
Harga baharu itu akan diumumkan esok selepas mesyuarat diadakan.