awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan

Bernama
Bernama
22/01/2020
21:25 MYT
E-Tunai: Pengguna manfaatkan RM30 beli barang rumah, makanan
Program e-Tunai Rakyat diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet dengan pemberian RM30 yang boleh ditebus melalui satu daripada tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost atau Touch 'n Go. - Gambar hiasan
Kebanyakan pengguna memanfaatkan insentif e-Tunai Rakyat bernilai RM30 untuk membeli barang dapur, membuat pembayaran telekomunikasi, pengangkutan dan makanan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurutnya, sebanyak RM105 juta telah dibelanjakan sejak dilancarkan 15 Jan lepas, yang merupakan hampir 25 peratus daripada RM450 juta diperuntukkan untuk inisiatif itu dalam Belanjawan 2020.
"Sehingga hari ini, sebanyak 4.8 juta permohonan dengan 3.5 juta permohonan telah diluluskan dan ia menunjukkan respons yang amat menggalakkan," katanya kepada media selepas lawatan ke IOI City Mall bersempena pelancaran inisiatif e-Tunai Rakyat, di sini pada Rabu.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
Program e-Tunai Rakyat diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet dengan pemberian RM30 yang boleh ditebus melalui satu daripada tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost atau Touch 'n Go.
Ditanya sama ada inisiatif e-Tunai Rakyat akan menjadi platform bagi pembayaran subsidi di masa hadapan, Lim berkata: "Sebelum itu, adalah penting untuk mendaftarkan rakyat untuk menjadi sebahagian program pembayaran digital ini, kini (ia) kurang daripada lapan juta".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barang dapur
#Belanjawan 2020
#e-dompet
#e-Tunai
#e-Tunai Rakyat
#Lim Guan Eng
#makanan
#pengangkutan
#pengguna
#permohonan
#rakyat
#telekomunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan