awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ECERDC raih pelaburan komited RM5.6 bilion untuk Pahang

Bernama
Bernama
22/08/2023
15:11 MYT
ECERDC raih pelaburan komited RM5.6 bilion untuk Pahang
ECERDC berkata antara pelaburan itu adalah dalam sektor pelancongan; perkhidmatan; pembuatan; minyak, OGP serta perniagaan tani. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM5.6 bilion untuk Pahang setakat bulan lepas.
ECERDC dalam satu kenyataan hari ini berkata antara pelaburan itu adalah dalam sektor pelancongan; perkhidmatan; pembuatan; minyak, gas dan petrokimia (OGP) serta perniagaan tani.
"Sejumlah 64 peratus daripada pelaburan komited tersebut ialah pelaburan langsung domestik (DDI) dan 36 peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI) dari Singapura, China dan Kanada," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Pahang yang berlangsung di Putrajaya hari ini.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasa yakin ECERDC akan menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke negeri berkenaan menerusi kerjasama kementerian dan agensi berkaitan, katanya.
Selain itu, beliau juga percaya projek infrastruktur pelancongan yang sedang dilaksanakan ECERDC di Pahang dapat menghasilkan kesan limpahan ekonomi dan manfaat kepada negeri berkenaan dan penduduk.
Antara projek itu ialah kerja menaik taraf jeti Kampung Salang di Pulau Tioman, flotila teratai di Tasik Chini dan kerja menaik taraf Pantai Hiburan di Rompin yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai Taman Kenderaan Rekreasi (RV) pertama di ECER.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat berkata projek itu yang dijangka siap tidak lama lagi, merupakan sebahagian daripada strategi ECERDC untuk 'Mencipta Destinasi' bagi memangkin pelancongan domestik dengan memberi tumpuan kepada pembangunan destinasi mampan.
"Ia selari dengan fokus kerajaan Persekutuan ke arah ekopelancongan dan pelancongan lestari. Semua projek ini akan memberi peluang yang bermakna kepada pelancong untuk berinteraksidengan alam semula jadi dan penduduk tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ECERDC
#pelaburan langsung domestik
#gas dan petrokimia
#pembangunan destinasi mampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan