KUALA LUMPUR: Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata rangkaian komunikasi itu akan membantu meningkatkan tahap keselamatan serta membolehkan komunikasi dan isyarat lebih pantas berbanding teknologi rangkaian mudah alih GSM-R untuk kereta api.
"Komunikasi ini menggunakan 4G. Jadi pada masa hadapan, jika anda ingin mengemas kini kepada 5G, infrastrukturnya sudah ada, jadi hanya perlu kemas kini perisian. Sistem komunikasi untuk perkhidmatan kereta api adalah amat penting terutama dari segi keselamatan.
"Anda akan nampak imej jika menggunakan rangkaian komunikasi ini. Sesetengah orang selalu keliru sama ada ini bermakna orang ramai akan mempunyai ketersambungan Internet sepanjang perjalanan termasuk ketika melalui terowong.
"Jawapannya ya, kita sedang bekerjasama rapat dengan penyedia rangkaian supaya orang ramai boleh menikmati ketersambungan penuh Internet sepanjang perjalanan," katanya pada perbincangan forum Kelab Concorde di sini hari ini.
Perbincangan mengenai 'The ECRL: Moving On Track,' yang dianjurkan oleh Kelab Concorde, terajui oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Seri Wong Chun Wai.
Ia adalah kumpulan tidak formal terdiri daripada editor dan wartawan kanan yang bertemu dengan ahli politik serta penggubal dasar utama.
LTE-R adalah berdasarkan teknologi 4G LTE yang digunakan oleh penyedia rangkaian telefon mudah alih dan dibangunkan untuk komunikasi kritikal misi generasi akan datang yang penting untuk operasi serta penyelenggaraan kereta api selain menyediakan perkhidmatan multimedia yang stabil.
Rangkaian LTE-R pertama di dunia telah digunakan di Korea Selatan pada kereta api berkelajuan tinggi Wonju-Gangneung.
ECRL adalah projek infrastruktur kereta api yang dicadangkan khusus untuk meningkatkan kesalinghubungan di antara negeri Pantai Timur di Semenanjung Malaysia (Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan negeri Pantai Barat (Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Mengenai kemajuan ECRL yang ditetapkan untuk bergerak pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam, Darwis berkata projek itu yang dijadualkan siap pada 2026 telah mencapai 54.14 peratus setakat Oktober 2023 dengan 25 daripada 40 terobosan terowong secara keseluruhan.
"Ini adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa untuk kami pada 2023. Sasaran pada 2024 lebih memberangsangkan, kami sepatutnya mampu mencapai kira-kira 73 peratus menjelang akhir 2024 dan sudah tentu menjelang akhir 2023, sasaran kami secara kasar ialah kira-kira 56 hingga 57 peratus siap.
"Tahun depan, kami turut menyasarkan untuk mencapai 3000/4380 pemasangan rasuk, 35 terobosan terowong, 20 pembinaan stesen penumpang dan penyiapan landasan peringkat pertama sejauh 210 kilometer," katanya.
Darwis juga berkata pembinaan utama termasuk kerja-kerja struktur, landasan dan memasang rasuk sedang giat dijalankan di sepanjang laluan ECRL, yang pada asalnya dilancarkan pada 2017 sebelum disambung semula pada 2019.
Beliau juga berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka berangkat pada upacara pemasangan landasan pertama antara stesen ECRL Bandar Pelabuhan Kuantan di Gebeng dan Dungun, Terengganu pada 11 Dis ini.
Darwis juga berkata harga tiket bagi perkhidmatan ECRL berkemungkinan besar akan diumum pada 2026 selepas mendapat kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Gombak dijadualkan siap pada 31 Dis 2026 manakala bagi jajaran Gombak ke Pelabuhan Klang pada 31 Dis 2027
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Darwis berkata rangkaian komunikasi itu akan membantu meningkatkan tahap keselamatan serta membolehkan komunikasi dan isyarat lebih pantas. - Bernama
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Kerja pemasangan sistem projek ECRL dijangka bermula Mei depan
Kerja-kerja pemasangan di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargo dijangka bermula Mei d
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Kerajaan susun strategi perkukuh daya saing pelabuhan negara
Kerajaan telah menyusun strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memperkukuhkan daya saing pelabuhan utama negara iaitu Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Kelantan tiada masalah pengambilan tanah untuk lanjutkan ECRL ke Rantau Panjang
Kerajaan Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah pengambilan tanah jika cadangan pelanjutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung sehingga Rantau Panjang dipersetujui kerajaan MADANI.
Kemajuan pembangunan projek ECRL di Terengganu melebihi 80 peratus
Kemajuan projek di negeri ini adalah yang terpantas dan mencatat peratusan tertinggi berbanding tiga negeri lain.
Isu sambung ECRL hingga Rantau Panjang telah dibincang dalam MTEN - Loke
Isu penyambungan jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hingga ke Rantau Panjang telah dibincangkan oleh kerajaan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini.
Kos pembinaan ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Anthony Loke
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal pada RM50.27 bilion.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai lebih 60 peratus
Darwis berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.
Projek ECRL berjaya capai penembusan 30 terowong
Tiga terowong tersebut adalah terowong Bentong 1 sepanjang 561 meter, terowong Kampung Lentang 1 (270 meter) dan terowong Kampung Lentang 2 (478 meter).
Projek ECRL ikut jadual, kini capai 62 peratus
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan mengikut jadual dan kini sudah mencapai 62 peratus setakat Februari 2024.