GOMBAK: Terpulang kepada penduduk untuk memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Sungai Chinchin, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Penduduk mempunyai hak berbuat demikian, namun beliau menegaskan bahawa projek tersebut mengikut prosedur betul yang sebahagiannya telah diatur sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Menurut Amirudin, mereka yang membangkitkan isu itu ibarat hero kesiangan yang mahu mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu.
"Mereka yang datang adalah orang luar. Saya akan berbincang dengan penduduk tapi jika mereka mahu ambil injunksi, terpulang itu hak mereka dan boleh teruskan.
"Namun kita akan cuba membantu kerana kerajaan negeri ada tanggungjawab untuk selesaikan projek ini sebaik mungkin. Projek ini juga beri manfaat kepada ekonomi," katanya.
Amirudin berkata demikian mengulas hasrat penduduk 13 kampung dan penempatan di Gombak Utara mahu memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang pembinaan projek ECRL Sungai Chinchin.
Beliau ditemui pada Program Agrobandar Tamanan Melon di Pandan Jaya pada Sabtu.
Pada Jumaat, Gerakan Pembela Ummah mengadakan sidang akhbar selamatkan tanah warisan Melayu Islam Gombak Utara daripada jajaran ECRL KL - Node Highway.
Penduduk di situ sepakat tidak mahu laluan ECRL berkenaan melalui kawasan Gombak Utara kerana kawasan berkenaan sudah padat dengan penduduk dan tidak boleh dipindahkan sewenang-wenangnya.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, projek itu perlu mengikut aturan ditetapkan bagi memastikannya tidak tertangguh lagi.
"Sebenarnya pendirian kerajaan negeri sebelum ini tidak setuju dengan laluan utara dan mahu laluan selatan.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri berlembut untuk pertimbangan laluan utara kerana jika tidak buat begitu, kerajaan terpaksa tanggung hutang yang panjang. Lebih banyak hutang akan ditanggung jika ditangguhkan lagi," katanya.
Tambah beliau, tanah gantian di Sungai Chinchin membabitkan sebahagian rizab yang diambil bagi laluan ECRL juga sedang dalam tindakan.
"Tanah ganti sekitar kawasan itu juga dan perlu diuruskan dengan kaedah wakaf. Saya tengah atur perbincangan bagi melindungi tanah berkenaan serta tanah perkuburan tradisi di kawasan tersebut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024
Amirudin (kiri) merasmikan Program Agrobandar Tamanan Melon di Pandan Jaya pada Sabtu.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Solidariti Palestin gegar konvokesyen di Michigan
Penunjuk perasaan yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin tampil menyuarakan desakan mereka di Universiti Michigan, supaya keganasan di Gaza dihentikan. Mereka yang dipercayai terdiri dalam kalangan mahasiswa menyuarakan tanda sokongan dengan memakai keffiyeh serta mengibarkan bendera Palestin ketika majlis konvokesyen di universiti berkenaan sedang berlangsung.
34,683 individu terkorban di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 34,683 rakyat Palestin terkorban dalam serangan berterusan tentera rejim zionis Israel di Gaza setakat ini. Dalam laporan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Palestin itu lagi, 78,018 individu cedera.
Operasi Al Jazeera diharamkan di Israel
Kerajaan Israel sebulat suara memuktamadkan keputusan penutupan operasi saluran berita 24 jam, Al Jazeera di negaranya berkuat-kuasa serta merta. Pengumuman itu dibuat menerusi undian kabinet Israel yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi kerajaan zionis dan perkongsian di laman media sosial 'X' Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (05 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6,7 Mei
Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Republik Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Kelecuran badan Faisal Halim pada tahap dua
Kelecuran yang dialami oleh pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim adalah pada tahap dua.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halim memberitahu, kecederaan itu dikesan di beberapa bahagian tubuh iaitu di sekitar leher, bahu, lengan dan dada.
Faisal kini dirawat di hospital, keadaan stabil
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan Faisal Halim kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.
Tumpuan Isnin - 06 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ECRL Sungai Chinchin: Terpulang kepada penduduk jika mahu fail injunksi - Amirudin
Terpulang kepada penduduk untuk memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Sungai Chinchin, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.