MALAYSIA
Edisi Tengahari: 5 berita paling hangat

Berita Sultan Muhammad V diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 antara berita pilihan pembaca di Astro AWANI. - Gambar fail
BERIKUT adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini , 13 Disember 2016.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V akan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu yang akan berlangsung di Istana Negara hari ini.
Menurut buku atur cara istiadat, rombongan diraja kemudiannya akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum menuju ke Istana Negara untuk majlis angkat sumpah dan menandatangani surat pengisytiharan yang akan dihadiri semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri serta jemaah menteri.

Sultan Muhammad V diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam satu istiadat mengikut tradisi Kesultanan Melayu
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan rakan sejawatnya Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyaksikan permeteraian Perjanjian Dua Hala Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-7 hari ini.
Permeteraian Perjanjian Dua Hala itu merupakan kemuncak kepada perbincangan dua hala intensif sejak Pemukiman Pemimpin 2013, dan kedua-dua pihak mencatatkan kemajuan baik sejak permeteraian Memorandum Persefahaman pada Julai 2016.
Kerajaan yakin dapat merealisasikan sasaran untuk membina kira-kira 1 juta Rumah Mampu Milik (RMM) menjelang 2018.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ini kerana hanya 23.3 peratus atau 268,018 unit sahaja perlu dibina tahun depan bagi melengkapkan sasaran.
Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo telah dinobat sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or 2016 buat kali keempat sepanjang kariernya.
Musim yang berjaya buat Ronaldo bermula dengan kejayaan bersama Los Blancos menjulang Liga Juara-Juara (UCL) buat kali kedua serta menamatkan kemarau kejuaraan di pentas antarabangsa bersama Portugal, ketika memenangi Euro 2016.

Cristiano Ronaldo telah dinobat sebagai pemenang Anugerah Ballon d'Or 2016 buat kali keempat sepanjang kariernya.
6 suspek pengganas di Britain ditahanPolis menahan enam suspek pengganas di Britain yang didakwa sedang bersiap bersedia untuk melancarkan serangan keganasan.
Operasi yang dilakukan Unit Anti Keganasan Timur Laut United Kingdom (UK), tahanan dilakukan di enam buah rumah di London, Derby dan Burton.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami