Fasal Suara Hati dalam kontrak kerja wartawan perlu diperkenalkan demi melindungi wartawan jika mereka enggan melaksanakan tugas tidak beretika.
Ketika membuat cadangan itu Bob Teoh, editor kelana mysinchew.com, berkata fasal tersebut atau 'conscience clause' juga bermakna wartawan boleh menuntut pampasan jika mereka memutuskan untuk meninggalkan organisasi.
"Jika saya tidak setuju dengan akhbar saya berhubung tugasan hingga saya terikat untuk membuat laporan tidak beretika atau saya tidak setuju dengan perubahan pendirian ideologi surat khabar, maka saya boleh gunakan fasal suara hati.
"Fasal itu untuk melindungi wartawan ketika mana mereka enggan bekerja dalam kondisi tidak beretika atau dipaksa menulis hal-hal tidak beretika" katanya pada forum berjudul "Media dan Etika di Malaysia" di sini hari ini.
Beliau berkata fasal seperti itu telah diperkenalkan di Sepanyol sejak 1997.
"Pada 1997 Sepanyol memperkenal Akta Organik nombor 2, dengan fasal suara hati diperkenal atau dijadikan sebahagian dari kanun berkenaan.
"Tahun lepas, Hakim Leveson memperakui cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Britain supaya dimasukkan fasal suara hati sebagai syarat kerja bagi wartawan," kata Teoh.
Bernama
Sun Jul 21 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan
Ia keputusan pesuruhjaya kehakiman John Lee pada Isnin yang menolak permohonan Rewcastle Brown untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pelupusan prosiding jenayahnya.
Pemuda UMNO Perak buat laporan polis terhadap posting FB portal berita
Katanya, laporan berita itu mendakwa UMNO negeri menjadi dalang gerakan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri dan bekas exco dalam isu pelantikan menteri besar baharu.
Ulang tahun Perjanjian Damai Hatyai: Sembilan persatuan dikenal pasti terlibat - Bukit Aman
Empat individu dikenal pasti memberi ucapan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek Ronnie Liu, editor Persatuan Persahabatan Abad ke-21, wakil PKM dan wakil Persatuan Kawan Karib Sarawak.
Rakyat Malaysia tuntut kebenaran isu selesai saman Sarawak Report - Patriot
Rakyat Malaysia juga menuntut kebenaran ke atas kes ini kerana walaupun ia tidak akan diadili, namun tuduhan Brown bahawa RM90 juta telah dibayar kepada para pemimpin Pas kekal.
Sultanah Terengganu saman Clare Rewcastle-Brown, dua lagi pihak
Selain Clare, turut dinamakan sebagai defendan dalam saman fitnah itu ialah penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd.
Kes saman Ismail Sabri berhubung isu telur penyu akan diselesai secara baik
Kedua-dua pihak cuba untuk menyelesaikan kes saman itu secara baik dan akan memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkara tersebut pada pengurusan kes selanjutnya pada 24 Ogos ini.
Kontroversi muka depan: The Star gantung dua editor
Dua editor kanan The Star telah digantung tugas berikutan siasatan terhadap muka hadapan akhbar itu pada 27 Mei.
Editor cadang 'fasal suara hati' bagi lindungi wartawan - editor
Fasal Suara Hati dalam kontrak kerja wartawan perlu diperkenalkan bagi melindungi wartawan.