GADGETS
Edits tampil fungsi tukar nota jadi skrip 'teleprompter' secara automatik

Edits memperkenalkan fungsi Stickies on Teleprompter yang menukar nota ringkas kepada skrip dan memaparkannya terus di skrin rakaman. -Amanz
APLIKASI Edits menawarkan tiga fungsi baharu melalui kemas kini terkini.
Ringkasan AI
- Edits memperkenalkan fungsi Stickies on Teleprompter yang menukar nota ringkas kepada skrip dan memaparkannya terus di skrin rakaman.
- Pengguna kini boleh berkongsi draf video belum diterbitkan melalui DM Instagram untuk mendapatkan maklum balas awal.
- Aplikasi membolehkan peningkatan kelantangan audio sehingga 150%, memenuhi permintaan tinggi pengguna walaupun ada kebimbangan terhadap kualiti bunyi.
Skrip yang ditulis dalam bentuk nota boleh dipaparkan terus di skrin rakaman melalui fungsi Teleprompter terbina dalam aplikasi.
Selain itu, Edits kini membolehkan pengguna berkongsi draf video yang belum diterbitkan secara terus daripada ruangan editor aplikasi.
Melalui ciri ini, pengguna boleh menghantar pratonton projek mereka bersama mesej melalui Direct Message (DM) di Instagram bagi mendapatkan maklum balas awal daripada rakan atau pengikut.
Ciri ketiga yang diumumkan ialah kebolehan untuk meningkatkan kelantangan audio sehingga 150%.
Walaupun peningkatan ini mungkin menimbulkan kebimbangan terhadap kualiti bunyi, Instagram menjelaskan bahawa ia merupakan antara permintaan tertinggi daripada pengguna.
Semua ciri ini tersedia dalam versi terkini aplikasi. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami