Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melabel kerajaan hari ini mempunyai format jawapan sama iaitu menyalahkan UMNO dan dirinya.
Beliau sempat menasihatkan agar pimpinan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan tugas masing-masing terhadap rakyat.
"Eh salah UMNO pula? Saya rasa kerajaan hari ini ada 'template' jawapan. Kalau dah tak tahu nak buat atau cakap apa, salahkan UMNO dan salahkan Najib.
"Cukuplah dengan alasan-alasan. Rakyat dah bosan dengar semua benda salah kerajaan lama. Buatlah kerja dan tunaikanlah janji," katanya melalui Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong menangis teresak-esak peluk Rosmah
Beliau turut berkongsi berita Sinar Harian bertajuk 'UMNO tak peduli pun isu PTPTN yang melaporkan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mendakwa UMNO tidak mempedulikan masa depan PTPTN dan anak bangsa.
Beliau secara sinis bersetuju dengan dakwaan tersebut sambil menyenaraikan inisiatif BN.
"Betullah UMNO tak peduli pun pelajar. Yang tak peduli dululah yang laksanakan PTPTN buka peluang pengajian tinggi. Yang tak peduli dululah yang hasilkan makin ramai graduan setiap tahun.
"Yang tak peduli dululah yang beri diskaun bayaran balik sehingga 20 peratus. Yang tak peduli dululah yang beri pengecualian bayaran balik dan biasiswa untuk semua pemegang ijazah pertama.
"Yang tak peduli dululah yang beri geran kepada pencarum skim simpanan pendidikan. Yang tak peduli dululah yang benarkan bayaran balik dengan KWSP dan diberi diskaun juga. Yang tak peduli dululah yang lanjutkan tempoh mula bayar balik selepas pengajian kepada 12 bulan," katanya.
Tambahnya, "saya nak tanya, PH yang begitu prihatin dan ambil berat hari ini, apakah bantuan yang telah diberikan kepada pelajar?."
Katanya lagi, walaupun bajet BN lebih kecil berbanding PH namun banyak perkara dilakukan bagi meringankan beban graduan.
"Dulu Bajet BN kecil, kami tetap boleh bantu pelajar dan meringankan beban graduan untuk bayar balik PTPTN.
"Kini, Bajet PH jauh lebih besar RM314.5 bilion tetapi semua bantuan telah berkurangan atau ditarik balik. Yang hidup senang dan selesa hari ini kamu (Wan Saiful) dan Dr Maszlee Malik (Menteri Pendidikan)," katanya.
Sinar Harian
Sun Nov 18 2018
Najib turut Beliau sempat menasihatkan agar pimpinan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan tugas masing-masing terhadap rakyat. - Foto Facebook
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.