awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
15/11/2024
12:15 MYT
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid, mengadakan sidang media hari ini berhubung lawatan rasminya ke UAE. - Gambar Bernama
ABU DHABI: Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti yang lain, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu juga berharap agar siasatan tersebut tidak mengganggu sesi perbahasan pembentangan Belanjawan negeri Sabah hari ini dan juga Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.
"Saya telah meneliti laporan-laporan media tentang rakaman perbualan tersebut dan mendapati pendirian Hajiji harus menjadi pegangan kepada pemimpin parti lain.
"Sebagaimana kita ketahui penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan berakhir bulan Oktober 2025 nanti, dan kita harus menjangkakan apa juga (boleh) berlaku bergantung kepada hasil siasatan yang diteruskan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hajiji pada Isnin telah meminta SPRM menyiasat rakaman audio ADUN yang tular dikatakan sedang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit.
Dalam sebuah laporan berita, Hajiji berkata kerajaan negeri sedia beri kerjasama kepada mana-mana pihak khususnya SPRM berkenaan isu berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#SPRM
#ADUN
#pihak berkuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan