awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan

Pia Ernadya
Pia Ernadya
21/05/2024
11:39 MYT
Ejen insurans didakwa atas kesalahan merompak dan mencederakan
Mohammad Hasbullah didakwa melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa di Manjalara Kepong pada jam 1 tengah hari pada 23 Mac yang lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang ejen insurans telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada Selasa kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki di Kepong dua bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.
Mohammad Hasbullah didakwa melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan kepada Lim Mun Hong, 27, di Manjalara Kepong pada jam 1 tengah hari pada 23 Mac lalu.
Tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Muhairi Mohamed Noh, mencadangkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh, selain syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.
Namun, peguam bela Mohammad Hasbullah, Azlin Zulkifli, memohon jaminan minimum atas alasan anak guam menanggung isteri tidak bekerja dan dua anak.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan syarat tambahan dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Jun ini.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#rompak
#cederakan mangsa
#jenayah
#ejen insurans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan