Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta pembekal perkhidmatan pelancongan, terutamanya syarikat penerbangan dan hotel, mengenepikan caj pembatalan biasa, bagi mengelakkan ejen pelancongan mengalami kerugian berganda, berikutan pembatalan atau menunda percutian akibat COVID-19.
Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang dalam satu kenyataan berkata, pembatalan yang berlaku baru-baru ini menyebabkan operator pelancongan menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM500 juta yang telah dikutip daripada pelanggan, untuk pakej pelancongan selepas bulan Februari.
Katanya, MATTA menerima aduan daripada ejen pelancongan berikutan amalan tidak sama oleh syarikat penerbangan yang bukan sahaja tidak adil kepada ejen pelancongan, tetapi mengelirukan orang ramai dengan menawarkan bayaran balik secara penuh atau sebahagian, kepada penumpang yang menempah secara terus dengan mereka, tetapi tidak kepada ejen pelancongan yang telah membuat tempahan berkumpulan.
"Akibatnya, ejen pelancongan telah dituduh menipu," katanya dan menambah ini masanya syarikat penerbangan perlu berhenti melakukan diskriminasi, terhadap ejen pelancongan.
Tan juga berkata, dalam kebanyakan kes, syarikat penerbangan dan hotel, tidak memberikan bayaran balik bagi pembatalan tempahan dan bayaran balik jika ada, mungkin diberikan dalam bentuk kredit, yang memerlukan pelanggan menempah tiket penerbangan atau bilik (hotel), dalam tempoh masa yang ditentukan syarikat penerbangan dan hotel berkenaan.
"Para pelanggan yang mahu mendapatkan pembayaran balik penuh adalah tidak mengikut amalan biasa industri global, yang menetapkan pembayaran perlu dibuat terlebih dahulu untuk mendapatkan tempahan dan sebarang pemulangan adalah tertakluk kepada polisi pembatalan pembekal, seperti syarikat penerbangan, hotel atau taman tema.
"Di Malaysia, ramai pelanggan telah membuat pembayaran penuh untuk pakej pelancongan, terutama dari Februari hingga Jun, manakala ejen pelancongan pula telah membayar kepada syarikat penerbangan, hotel dan pembekal lain, bagi pihak pelanggan mereka," katanya.
Ejen pengembaraan dan operator pelancongan, katanya bersedia menjelaskan dan membantu pengguna tetapi panik yang timbul disebabkan jangkitan COVID-19, turut menyebabkan ramai pelanggan menuntut pembayaran penuh, juga mendapatkan tindakan undang-undang.
"Meskipun menjadi mangsa, kami berharap syarikat penerbangan, hotel dan orang ramai dapat melayan ejen pelancongan dengan adil.
"Masalah utama isu ini adalah pelanggan tidak didesak untuk membuat pembatalan. Sebaliknya pelanggan yang membatalkan tempahan, disebabkan bimbang dijangkiti COVID-19," kata Tan. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 08 2020
MATTA meminta pembekal perkhidmatan pelancongan, terutamanya syarikat penerbangan dan hotel, mengenepikan caj pembatalan biasa, bagi mengelakkan ejen pelancongan mengalami kerugian.
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.