awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi kukuh suku kedua, bukti dasar kerajaan berkesan - BBC

Bernama
Bernama
16/08/2025
21:15 MYT
Ekonomi kukuh suku kedua, bukti dasar kerajaan berkesan - BBC
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) menyifatkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua tahun ini, sebagai bukti keberkesanan dasar kerajaan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) menyifatkan pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua tahun ini, sebagai bukti keberkesanan dasar kerajaan dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
BBC memaklumkan pencapaian itu disokong oleh permintaan domestik yang teguh hasil pelbagai inisiatif kerajaan termasuk kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam serta bantuan langsung kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
"Langkah-langkah ini telah meningkatkan kuasa beli rakyat dan akan terus menyokong perbelanjaan domestik, justeru meneruskan momentum perkembangan ekonomi. Paling utama, kadar inflasi masih kekal terkawal yang secara tidak langsung mengekalkan kuasa beli rakyat.
"BBC mengucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan pada suku kedua 2025," menurut BBC dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut BBC, pelaburan swasta dan awam yang merekodkan pengembangan selain kedudukan ringgit yang semakin kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menunjukkan keyakinan pasaran antarabangsa terhadap prospek ekonomi negara hasil daripada pengurusan kewangan yang proaktif oleh kerajaan.
"Biarpun negara berdepan dengan cabaran luaran seperti ketidakpastian perdagangan global dan tekanan tarif, namun asas ekonomi negara kekal kukuh.
"Kami yakin dengan keberhasilan pelaksanaan pelan induk negara dan pembaharuan struktur ekonomi seperti ditekankan dalam RMK13 (Rancangan Malaysia Ke-13), Malaysia akan terus berada di landasan tepat dalam membina ekonomi lebih berdaya tahan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelab Penyokong Kerajaan MADANI
#bbc
#ekonomi kukuh
#dasar kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan