KUALA LUMPUR: Kedudukan ekonomi negara dijangka akan bertambah baik pada tahun ini, biarpun berdepan cabaran getir akibat pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata, pemulihan ekonomi itu adalah sejajar dengan tindakan kerajaan dan pemulihan aktiviti ekonomi serta perdagangan diperingkat global.
Beliau menjelaskan, Malaysia berada di landasan yang tepat dalam perancangan dan pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan dan ia mula menampakkan kesan positif.
"Perancangan kita sudah pun melihatkan kesannya. Satu...mungkin COVID-19 tak selesai. Tapi ekonomi kita sudah ada petanda peningkatan. Eksport kita meningkat, import kita meningkat, jumlah pekerja yang kita ambil mencecah 150,000, lebih daripada jadual 120,000 orang.
"Unjuran badan antarabangsa, pakar kita dan bank negara (pula) ...kita akan lihat pertumbuhan 6.5 ke 7.0 peratus tahun ini. Ada masa empat ke tujuh bulan untuk lihat ia tercapai," kata Perdana Menteri dalam program Bicara Khas Eksklusif bersama RTM dan Bernama TV malam ini.
Beliau berkata kerajaan telah berusaha untuk mengimbangi antara kepentingan kesihatan awam dan keperluan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ketiga (PKP 3.0), sama seperti PKP 2.0 yang mana kesan terhadap pertumbuhan dijangka kurang teruk berikutan kebanyakan sektor ekonom masih dibenarkan beroperasi.
"Kita dah mulakan awal, tahun lalu pun dah mulakan. Langkah kita buat PKP tak tutup semua kerana memikirkan ke hadapan.
"Kalau fikir hari ini memang nak tutup semua. Tapi kita jaga kehidupan, masa depan rakyat, pendapatan mereka, kerja mereka," jelas beliau.
Perdana Menteri turut mengulas berkenaan perbelanjaan besar negara sewaktu menempuh cabaran pandemik COVID-19.
"Kadang-kadang rakyat mudah lupa tapi itu antara pakej terbesar dalam sejarah negara, tak terhenti di situ, kita akan usahakan dan buat apa yang patut," katanya.
Menurut Muhyiddin, pelaksanaan program pemberian vaksin COVID-19 negara akan meningkatkan sentimen dan menyumbang ke arah pemulihan kegiatan ekonomi.
"Sebelum akhir tahun ni kita sasarkan rakyat telah disuntik dengan vaksin. Sasaran capai 80 peratus imuniti kelompok. Kita harap bila ada perlindungan, ekonomi pulih dan harapan kita, tahun 2022 tambah lebih baik," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik, Perdana Menteri menjangkakan industri pelancongan Malaysia mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk pulih dan dalam pada itu terdapat inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan Persekutuan.
"Sektor ini paling terkesan kerana kita tidak boleh nak merentas keluar negara dan pelancong tak boleh nak datang. Banyak hotel tutup, inap desa (homestay) terpaksa berhenti tidak buat apa-apa. Teksi dan bas bawa pelancong tersadai. Sebab itu, saya arahkan kepada kementerian kewangan untuk bantu kerana ada pembelian seperti teksi tidak menggunakan pinjaman bank, tapi syarikat pemajakan yang tiada moratarium," katanya.
Jelas Muhyiddin, kerajaan telah memulakan rundingan untuk kemasukan pelancong asing China dan ASEAN menerusi laluan hijau (green lane) apabila keadaan mengizinkan dan turut membantu industri kreatif untuk mencergaskan industri pelancongan.
Astro Awani
Sun May 23 2021
Malaysia berada di landasan yang tepat dalam perancangan dan pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan dan ia mula menampakkan kesan positif. - Gambar fail/Bernama
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Salah guna kuasa: Sifar tolak ansur perlu ada dalam PDRM - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak berkompromi dengan sebarang unsur salah guna kuasa.
PM Anwar rai rakan sejawat Xanana Gusmao dalam majlis makan tengah hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatanya dari Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao, pada majlis makan tengah hari.
Banjir: PM umum RM50 juta peruntukan tambahan bagi Kelantan, Terengganu
Perdana Menteri umum peruntukan tambahan segera untuk disalurkan kepada Kelantan dan Terengganu, masing-masing RM25 juta, susulan banjir.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
ADUN Pas mohon maaf dakwa PM individu 17 terkaya di dunia
ADUN Pas, Mohd Yusni Mat Piah memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan antara pemimpin terkaya di dunia.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.