awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi

Bernama
Bernama
29/11/2024
14:30 MYT
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Paetongtarn menyifatkan perbincangan yang merangkumi pelbagai isu kepentingan bersama sebagai membuahkan hasil. - Gambar Bernama
BANGKOK: Keselamatan makanan, keselamatan tenaga, ekonomi hijau, dan kesalinghubungan digital merupakan topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong pada Khamis.
Paetongtarn menyifatkan perbincangan yang merangkumi pelbagai isu kepentingan bersama sebagai membuahkan hasil.
"Semasa perbincangan, kami menyatakan harapan untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara. Thailand amat berminat untuk meningkatkan keselamatan makanan Singapura melalui peningkatan eksport beras premium Thailand dan telur organik," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Ini menandakan lawatan rasmi pertama Wong ke Thailand sejak memegang jawatan pada Mei.
"Lawatan ini memberi peluang untuk mengkaji semula kerjasama sedia ada dan merangka laluan untuk inisiatif pada masa depan," kata Paetongtarn, sambil menambah bahawa Thailand sedang bersedia untuk meraikan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dengan Singapura tahun depan.
Menurut beliau, tahun depan akan menyaksikan peningkatan dalam pertukaran peringkat tinggi, bermula dengan lawatan Puteri Maha Chakri Sirindhorn ke Singapura pada Januari.
Thailand juga menanti untuk mengalu-alukan Presiden Singapura dalam lawatan rasmi manakala Paetongtarn merancang untuk membuat lawatan balas ke Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lawatan rasmi
#Organik
#Perdana Menteri
#Lawrence Wong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan