KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui secara peribadi beliau berpendapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh seperti pernah dilaksanakan tahun lalu adalah cara terbaik mengekang penularan COVID-19.
Malah beliau menjelaskan, Kementerian Kesihatan (KKM) juga bersetuju sekiranya pelaksanaan PKP penuh dilaksanakan sekali lagi.
Namun katanya, pertimbangan amat mendalam mengenai kehidupan rakyat perlu diambil kira dalam memutuskan pelaksanaan PKP bagi memastikan masyarakat tidak terkesan teruk dengan langkah-langkah yang diambil kerajaan.
Katanya, disebabkan itu, kerajaan memutuskan untuk tidak melaksanakan ‘total lockdown’ seperti PKP 1.0 ketika ini kerana ia akan menjejaskan kehidupan rakyat dan menyebabkan lebih ramai yang hilang pekerjaan selain ketidakupayaan untuk bangkit bagi memulihkan kehidupan dan ekonomi.
“Memang kalau ikutkan saya, KKM kata memang itu yang terbaik Tan Sri...tapi kesan kepada negara, kalau rakyat tak bekerja, ekonomi dah runtuh nak bangunkan semula (seperti PKP 1.0), saya (kerajaan) terpaksa belanja RM340 bilion dengan enam pakej rangsangan.
“Itu bukanlah jumlah yang sedikit, tak pernah berlaku dalam negara. 20 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita gunakan untuk menolong rakyat. Ini yang rakyat harus faham. Kalau buat begitu (tutup semua sektor ekonomi) kita akan hadapi masalah yang lebih besar, nanti negara tak boleh nak bangkit," katanya dalam program Bicara Khas Cabaran Pandemik COVID-19 Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV malam ini.
Perdana Menteri menjelaskan, penutupan semua sektor ekonomi semasa PKP 1.0 pada 18 Mac sehingga 3 Mei 2020 bagi mengekang penularan COVID-19 bukan sahaja menyebabkan negara kerugian kira-kira RM2.4 bilion setiap hari, tetapi ramai rakyat kehilangan pekerjaan selain peniaga kecil turut terjejas teruk.
Beliau berkata, jika kerajaan 'membawa semula' PKP 1.0, negara berkemungkinan memerlukan sehingga RM500,000,000,000 atau setengah trilion ringgit bagi membantu rakyat dan merangsang semula ekonomi negara.
"Boleh tutup (semua sektor ekonomi), tapi bila buka balik nanti mungkin sistem itu dah runtuh kerana kita kena buka semula i-Sinar, beri bantuan Prihatin, moratorium dan lain-lain, mampukah kerajaan tanggung lagi? boleh tapi tak sebanyak mana.
"Saya tak nak lihat rakyat saya terkorban hanya kerana kelekaan saya atau mereka. Saya juga tidak mahu ekonomi kita runtuh," katanya dan menambah disebabkan itu kerajaan membuat keputusan untuk memperketatkan SOP PKP 3.0 seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Perdana Menteri menegaskan bahawa usaha untuk melandaikan lekuk COVID-19 merupakan tanggungjawab setiap lapisan masyarakat dengan berkata: "Terima hakikat ini masalah bersama, approach kita bukan whole of government, it is whole of society".
Enam pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melibatkan peruntukan RM250 bilion pada Mac 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) sebanyak RM10 bilion pada April 2020.
Pada Jun tahun sama, kerajaan mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion, selain Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion pada September lepas.
Pada Januari tahun ini, kerajaan mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion serta Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan RM20 bilion pada Mac lalu.
Astro Awani
Sun May 23 2021

Menurut Perdana Menteri, pertimbangan mendalam perlu dibuat dalam memutuskan pelaksanaan PKP bagi memastikan rakyat tidak terkesan teruk dengan langkah yang diambil kerajaan. - Gambar fail
AWANI 7:45 [29/09/2023] - Bentang Pasca Mesyuarat Kabinet | Permohonan notis merah Interpol
PM menghadap Agong, sesi biasa, bukan rombakan Kabinet.
Permohonan notis merah Interpol, menantu Muhyiddin masih dalam proses.
PM akui wujud keresahan harga barang naik, MOF sedia tampung kesan kenaikan.
Tiada pertandingan jawatan 'top five' dalam Pas.
Permohonan notis merah Interpol, menantu Muhyiddin masih dalam proses.
PM akui wujud keresahan harga barang naik, MOF sedia tampung kesan kenaikan.
Tiada pertandingan jawatan 'top five' dalam Pas.
AWANI Ringkas: Sukan Asia | Perlawanan amal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bursa tegur, denda MD/CEO Serba Dinamik RM15,000
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka dan mengenakan denda RM15,000 terhadap Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah.
[TERKINI] Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
MAH anjur kejohanan, undang bekas pemain untuk perlawanan amal
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bakal menganjurkan MAH Football Tournament pada 9 dan 10 Oktober ini, menghimpunkan petugas hotel dari 13 wilayah dari seluruh negara, termasuk bekas pemain kebangsaan untuk perlawanan amal.

Mohammed Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai pengarah bukan eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
Gimnastik sumbang gangsa, takraw puas hati dengan perak
Penantian 17 tahun untuk kilauan pingat dari gelanggang gimnastik berakhir selepas atlet negara, Muhammad Sharul Aimy berjaya meraih gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Dua penjawat awam direman, rasuah berkaitan urusan mayat
Dua kakitangan perubatan awam direman lima hari bermula pada Jumaat selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,500 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
[TERKINI] 12 kawasan catat IPU tak sihat
12 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur
kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Rombakan Kabinet: Saya tengah fikir - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan perkara tersebut, di sebalik desas-desus itu.

Pentas PBB: Ucapan PM berani, tegas, berpijak pada realiti semasa - Reezal Merican
Pendirian yang ditunjukkan PM adalah jalan yang paling wajar dengan membuktikan tiada hipokrasi.

Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

UNGA ke-78: Malaysia desak Myanmar henti keganasan, segera laksana perjanjian 5 perkara ASEAN
Rampasan kuasa, keganasan dan ketidakstabilan berlaku di Myanmar jelas bertentangan dengan nilai dan prinsip hidup di rantau ini.

Ucapan sulung PM sentuh segala isu mustahak dunia - Syed Hamid
Isu-isu sensitif tetapi perlu disentuh seperti di Afghanistan, mencerminkan bahawa pendirian Malaysia adalah amat jelas sekali.

Ucapan PM di pentas UNGA beri impak positif kepada Malaysia - Penganalisis
Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 yang dijadualkan pada jam 9.30 malam ini dijangka memberi impak positif kepada negara.

Amerika Syarikat kekal pelabur utama di Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, hubungan baik dengan Amerika Syarikat telah lama terjalin dan akan diteruskan.

PM Anwar bertemu pemimpin industri, penggiat pasaran modal di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan usaha giat kerajaan untuk menarik pelabur global dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan penggiat pasaran global.

UNGA: PM perlu angkat kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah - Ahli CCFP
Perdana Menteri harus mengangkat isu kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah semasa UNGA.