Skip to main content

Malaysia

Mayat lelaki ditemukan tersepit dalam longgokan sampah di Taiping

51768372637_mayat.jpg
Mayat lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan orang awam dalam keadaan tersangkut pada longgokan sampah. - Gambar hiasan

IPOH: Mayat lelaki ditemukan tersangkut dalam longgokan sampah di tebing Sungai Jebong, Jalan Izzudin Shah dekat Taiping, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

Advertisement

“Komander operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mayat lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan orang awam dalam keadaan tersangkut pada longgokan sampah di bahagian tebing sungai.

“Anggota bomba kemudian turun ke tebing sungai untuk mengeluarkan mayat mangsa sebelum membawanya naik ke atas tebing sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video