KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan dan Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz jangka ekonomi negara akan tumbuh pada kadar sekitar 4.0 peratus tahun ini.
Dalam temu bual bersama Bloomberg TV pada awal Isnin, beliau menjangka kerajaan akan menyemak turun keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara selepas lebih banyak data diterima.
“Kami masih mengkaji (KDNK) kepada jumlah yang lebih rendah dan angka sebenar akan diumumkan selepas dapat lebih banyak data,” katanya.
Terdahulu kerajaan umum yang ia akan semak kadar KDNK negara yang ketika ini diunjur tumbuh 6 peratus ke 7.5 peratus tahun ini.
Bank Dunia sebelum ini menyemak turun KDNK negara kepada 4.5 peratus selepas mengambil kira langkah kawalan yang diambil untuk menyekat penularan COVID-19 di Malaysia.
Tengku Zafrul dalam masa yang sama turut menjangka had hutang negara mungkin dinaikkan daripada 60 peratus semasa kepada 65 peratus untuk membolehkan kerajaan meminjam bagi membiayai pelan bantuan ekonomi.
Jelasnya, Pelan Pemulihan Negara adalah pelan yang dinamik dan akan sentiasa ditambah baik ikut keperluan semasa.
Sementara itu, dalam kemas kini di akaun Facebooknya, Zafrul menjelaskan yang Malaysia perlu sentiasa tangkas dan bersedia untuk meminda perancangan berdasarkan situasi semasa.
Menurutnya, ini harus dilakukan dengan mendengar nasihat pakar dalam bidang masing-masing.
Tambahnya, ketika ini tiada penyelesaian mudah atau sempurna untuk negara keluar daripada belenggu ini dan kerajaan akan berusaha sebaik mungkin demi kesejahteraan semua.
Jelasnya, ketika ini bukan mudah untuk menangani cabaran pandemik COVID-19 terutama dengan kemunculan varian baharu.
Namun Zafrul, mengambil contoh kadar vaksinasi yang kini melepasi 300,000 dos sehari, menyatakan kerajaan akan berusaha memastikan kadar vaksinasi terus meningkat dan imuniti kelompok dicapai secepat mungkin.
Tegasnya, ketika ini strategi yang lebih agresif termasuk ‘lockdown’ kawasan terjejas COVID-19, saringan besar-besaran dan peningkatan kapasiti ICU turut dilakukan sebagai strategi bersasar untuk mengoptimumkan sumber berdasarkan fakta dan data.
Tegasnya, ketika ini tidak timbul soal pilih kasih dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat, menerusi pemberian bakul makanan di bawah Program Prihatin Kasih.
“Tidak timbul soal memilih bulu dalam menyampaikan bantuan kerana peruntukan ini diberikan kepada semua Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang,” jelasnya dalam kemas kini tersebut.
Tambahnya, beliau yakin rakyat Malaysia akan bersama-sama bangkit mengatasi cabaran ini seperti krisis sebelum ini melalui ketahanan dan semangat kerjasama.
Astro Awani
Mon Jul 12 2021
Tengku Zafrul berkata ketika ini tiada penyelesaian mudah atau sempurna untuk negara keluar daripada belenggu ini dan kerajaan akan berusaha sebaik mungkin demi kesejahteraan semua. - Foto fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Industri Halal Malaysia pacu partumbuhan di bawah Kepengerusian ASEAN, Belanjawan 2025
MITI akan pastikan industri halal dan PKS Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.