KUALA LUMPUR:Menyedari bahawa wabak COVID-19 menghalang kegiatan perniagaan dan kerja, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui negara sememangnya mengalami kemerosotan ekonomi.

Menurut beliau, hutang negara sudah sampai RM1.3 trillion dan pertumbuhan ekonomi merosot pada paras tertinggi sebanyak 5.6 peratus.

“Kononnya pada 2021 ekonomi akan meningkat hingga 7.5 peratus adalah tidak munasabah. Jumlah yang menganggur meningkat kepada 773,000, sesuatu yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.

“Pengangguran yang tertinggi ialah di kalangan siswazah (1 daripada 4) di antara mereka terpaksa bekerja dengan kerja yang tidak ada kena mengena dengan kelulusan mereka.

“Firma-firma juga mengalami kerugian dan pinjaman tidak berbayar (NPL) berjumlah RM29 billion. Ramai pekerja dan peniaga kecil hilang pendapatan.

“Mereka tidak dapat beli makanan untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Walaupun kerajaan janji akan beri bantuan, tetapi ramai yang tidak terima apa-apa.

“Berbillion dolar pelaburan asing sekarang disalur ke negara jiran. Pelabur di Malaysia juga berpindah ke negara lain,” tegas Dr Mahathir dalam kenyataan yang dibuat secara langsung di akaun Facebook rasminya pada Isnin.


Kerajaan tidak berusaha mudahkan kegiatan perniagaan - Tun M


Negara mengalami kemerosotan ekonomi yang amat teruk - Tun M

Dalam masa sama, Dr Mahathir menegaskan, meskipun ketika ini rata-rata perniagaan lebih cenderung kepada aktiviti di atas talian, namun masih ada lagi kekurangan yang tidak dimanfaatkan kerajaan.

“Pada zaman perniagaan online, banyak perniagaan baru boleh diadakan. Malangnya kerajaan tidak berusaha mempermudah kegiatan perniagaan.

“Pelabur tidak dilayan bahkan dihalang. Ada pelaburan yang ditamatkan walaupun bernilai berbillion.

“Kebanyakan menteri tidak mahu jumpa peniaga untuk selesai masalah. Ada yang tertekan dengan rasuah oleh ahli politik, yang telah ganti tokoh profesional yang dibuang dan banyak lagi sebab. Pengisytiharan darurat itu sendiri menakutkan pelabur kerana di waktu darurat undang-undang biasa diketepikan," tambah Dr Mahathir lagi.

BACA: Perintah darurat tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan - Tun M


Berikut adalah kenyataan khas penuh yang dikeluarkan oleh Tun M:

Kenyataan ini adalah berkenaan salah laku Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan ini adalah berkenaan salah laku Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan ini adalah berkenaan salah laku Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.