awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Labuan galak budaya kebersihan demi kehidupan bandar lestari
Stadium Hoki Seremban 2 dijangka naik taraf selepas Mei ini
KPN teliti cadangan angkat Baba Nyonya, Chetti sebagai ikon perpaduan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin

Bernama
Bernama
24/01/2026
12:00 MYT
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
Aminuddin (tengah) bergambar bersama anggota FRU selepas menyaksikan demonstrasi Eksesais Perisai Bandar 2026 di Kem Sikamat, hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Penganjuran Eksesais Perisai Bandar 2026 mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri Sembilan dalam memperkukuh dan memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terkawal, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ringkasan AI
  • Penganjuran Eksesais Perisai Bandar 2026 menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri Sembilan dalam memperkukuh keselamatan dan ketenteraman awam.
  • Latihan bersepadu melibatkan Tentera Darat Malaysia serta tujuh agensi utama keselamatan bertujuan menguji kecekapan koordinasi dan keberkesanan pengurusan krisis.
  • Eksesais disertai 580 individu termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan agensi keselamatan lain, menunjukkan kesediaan menghadapi ancaman semasa dan menyeluruh.

Beliau berkata latihan bersepadu melibatkan angkatan Tentera Darat Malaysia bersama tujuh agensi dan jabatan utama keselamatan itu turut bertujuan menguji kecekapan koordinasi, keupayaan respons serta keberkesanan pengurusan krisis antara agensi terlibat dalam situasi kecemasan sebenar.
"Kerajaan negeri memandang serius aspek keselamatan dan ketenteraman awam khususnya dalam menghadapi ancaman semasa termasuk membabitkan pendatang tanpa izin dan kes jenayah lain," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan eksesais berkenaan di Kem Sikamat di sini hari ini.
Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman dan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad.
Eksesais disertai 580 individu itu merangkumi penglibatan strategik tujuh agensi utama iaitu Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Hospital Tuanku Ja'afar, Pejabat Daerah Seremban serta pihak berkuasa tempatan.
Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri berkata program seumpama itu wajar diperluas ke kawasan perairan termasuk membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia dan agensi keselamatan laut lain sekali gus memastikan tahap kesiapsiagaan yang lebih menyeluruh.
Dalam pada itu, Alzafny berkata eksesais berkenaan amat relevan dalam menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam secara berkesan dengan pascapenilaian menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan dan penambahbaikan.
"Pada eksesais kali ini PDRM mempamerkan alat terbaharu iaitu dron yang boleh melepaskan gas pemedih mata selain membuat pengumuman bagi meleraikan kumpulan rusuhan. Kita berharap aset canggih ini dapat memberi kesan yang efektif dalam menangani ancaman keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#gas pemedih mata
#Majlis Keselamatan Negara
#pendatang tanpa izin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan