KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony John Blinken telah menzahirkan tiga harapan utama beliau terhadap Asia Tenggara bagi tahun 2022 - dengan tujuan supaya rantau ini dapat menjadi sebahagian daripada rantau Indo-Pasifik yang bebas, dan terbuka.
Dalam temubual eksklusif bersama Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail baru-baru ini, Blinken berkata, harapan beliau terletak pada tiga peringkat - individu, negara, dan Asia Tenggara secara keseluruhan.
“Bagi individu, kebebasan untuk hidup dalam masyarakat yang lebih terbuka, bebas bersuara tentang polisi dan negara mereka, serta berasaskan negara ke negara (country-to-country basis).
“Untuk peringkat negara pula, supaya kerajaan mempunyai keupayaan untuk memilih hala tuju mereka, dan bebas memilih rakan mereka.
“Dan untuk Asia Tenggara secara keseluruhan, menjadi sebuah rantau yang boleh bekerjasama dan berkolaborasi dengan mana-mana pihak, tanpa mempunyai sebarang elemen paksaan (coercion),” katanya lagi.
Sekiranya ada kemajuan dalam tiga peringkat tersebut, iaitu individu, negara, dan rantau, Blinken berkata, maka semua pihak mampu memberi makna yang sebenar terhadap rantau Indo-Pasifik yang lebih bebas dan terbuka.
“Kerana itu yang saya sering dengar, tentang apa yang sebenarnya dikehendaki rakyat dan setiap negara di rantau ini,” katanya lagi.
BACA: Hubungan Amerika Syarikat - Malaysia, ini apa yang anda perlu tahu
BACA: Blinken pendekkan lawatan ke Asia Tenggara
BACA: AS komited tangani perubahan iklim, bantu negara lain - Blinken
Sebelum ini media melaporkan, Blinken terpaksa memendekkan lawatannya ke Asia Tenggara berikutan seorang daripada wartawan yang mengikuti rombongan beliau disahkan positif COVID-19 selepas tiba di Malaysia.
Bernama melaporkan Jurucakap Ned Price sebagai berkata, Blinken telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai, melalui telefon dan menyatakan kekecewaannya tidak dapat melawat Bangkok.
Blinken terpaksa memendekkan lawatannya untuk mengurangkan risiko penularan dan atas faktor keselamatan serta kesihatan delegasi AS.
Mengikut jadual asal, kunjungan ke Malaysia, merupakan sebahagian daripada lawatannya ke rantau Asia Tenggara dari 13 hingga 16 Disember, yang turut merangkumi Indonesia dan Thailand.
Sebelum berlepas pulang, Blinken sempat melakukan kunjung hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Bangunan Parlimen pada Rabu.
Dalam perkongsian di akaun Twitter miliknya, Ismail Sabri berkata, perbincangan antara beliau dan Blinken menyentuh mengenai beberapa topik khusus untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
“Pertemuan seperti ini amat penting untuk mengukuhkan hubungan 'bilateral' dua negara. Terima kasih Antony Blinken dan delegasi AS atas kujungan hormat ini. Semoga kita dapat bertemu lagi,” katanya lagi.
Untuk rekod, AS dan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 dan hubungan dua hala dalam Perkongsian Komprehensif pada 2014.
Firdaus Azil
Thu Dec 16 2021

Antony J Blinken ketika hadir ke sesi Townhall Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) di Publika. - Foto BERNAMA

Impak pemansuhan AP bahan makanan
Bagi mengulas lanjut bersama di talian Datuk Ameer Ali Mydin, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO).

Sekuriti Makanan | Perlu dasar menyeluruh
Polisi serta dasar yang menyeluruh berkait sekuriti makanan perlu dilaksanakan kerajaan selepas memutuskan untuk memansuhkan permit import (AP) makanan. Pakar Pemasaran dan Polisi Pertanian, Datin Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata krisis tiga penjuru yang berlaku ketika ini iaitu pandemik COVID-19, perubahan iklim dan perang Rusia-Ukraine bakal memberi impak kepada Malaysia.

HFMD: Perak akan tutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes membimbangkan
Pejabat Kesihatan Daerah akan sentiasa memantau supaya tempat-tempat penjagaan kanak-kanak menjaga kebersihan di premis masing-masing.

Samseng Jalan Raya | Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng
Polis sedang mengesan pemandu kereta jenis BMW berwarna putih kerana memandu secara berbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain, pada Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim, tular di media sosial video berdurasi 2 minit 50 saat memaparkan kejadian yang berlaku di kilometer (KM) 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.

Final Liga Europa: Borre pimpin kebangkitan Frankfurt muncul juara
Eintracht Frankfurt merangkul trofi Eropah pertama mereka dalam tempoh 42 tahun selepas kemenangan penentuan penalti 5-4 ke atas Rangers.

Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion
Pembiayaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial dan air bagi tempoh 15 bulan akan datang.

Pemandu maut, kelindan cedera treler muatan tepung terbalik
Pemandu disahkan maut di lokasi kejadian manakala kelindan cedera.

Muthu; wanita yang menyamar 36 tahun sebagai lelaki
Dia mendakwa penyamaran tersebut berlaku selepas dirinya terpaksa menjadi janda pada usia seawal 20 tahun selepas kematian suami.

Muhammad Azeem mohon maaf atas 'false start'
Muhammad Azeem Fahmi mengakui terlalu kecewa sehingga tidak dapat mengawal emosinya selepas penyertaannya dibatalkan.

AWANI Ringkas: Pacu pembangunan ekonomi Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS buka semula kedutaannya di Ukraine
AS akan terus menyokong kerajaan dan rakyat Ukraine yang sedang berdepan konflik dengan Rusia.

Krisis Rusia-Ukraine punca kekurangan makanan dunia
Jabatan Negara AS mendedahkan pada 2021, lebih daripada 193 juta orang di seluruh dunia mengalami kekurangan makanan yang kritikal.

Menteri Luar tulis surat rasmi kepada Blinken dalam Bahasa Melayu
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengutuskan surat rasmi dalam bahasa kebangsaan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.

AS percaya Rusia akan lakukan muslihat serang Ukraine
Blinken bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan tersebut.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Blinken, Abbas bincang hubungan dua hala, perkembangan terkini di Palestin
Mahmoud Abbas juga menekankan keperluan untuk menghentikan amalan satu hala Israel yang menjejaskan penyelesaian dua negara.

Perbincangan dua hala AS-Rusia mungkin temui jalan buntu
Perbezaan ketara pendirian kedua-dua negara menjadi petanda buruk bagi sebarang jenis penyelesaian pantas.

Eksklusif: Blinken terpaksa balik awal, ini harapannya terhadap rantau Asia Tenggara
Blinken berkata, harapan beliau terletak pada tiga peringkat - individu, negara, dan Asia Tenggara secara keseluruhan.

AS akan tingkat perdagangan dan pelaburan di Malaysia
Amerika Syarikat (AS) akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan di negara ini dan mengukuhkan pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Hubungan Amerika Syarikat - Malaysia, ini apa yang anda perlu tahu
AS dan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 dan hubungan dua hala dalam Perkongsian Komprehensif pada 2014.