Nike-main.jpg
Nike adalah jenama barang sukan pertama yang berkolaborasi dengan Pengarah Kreatif jenama fesyen terkemuka, Balmain. Olivier Rousteing berkerjasama dengan NikeLAb untuk menghasilkan koleksi edisi terhad khas buat pakaian dan barangan sukan Nike. Nama bagai koleksi ini adalah, NikeLab x Olivier Rousteing: Football Nouveau yang menampilkan Cristiano Ronaldo sebagai muse untuk koleksi ini. Berkonsepkan renaissance ia sangat sesuai bagi koleksi ini tampak mewah. Pemilihan warna seperti hitam dan gold pasti memberi impak yang bergaya dan urban apabila menggayakan koleksi ini. Menurut Olivier Rousteing, fesyen biasanya dikaitkan dengan catwalk dan glamor, tetapi Nike ia adalah mengenai atlet dan prestasi pemaian sukan. Apa yang menarik koleksi ini adalah mengintegrasikan gaya ikonik bola sepak ke dalam gaya sukan.

Olivier Rousteing adalah pereka keempat yang berkerjasama dengan NikeLAb selepas Givenchy's Riccardo Tisci, Kim Jones, dan Jun Takahashi. Pastinya pemilihan Cristiano Ronaldo yang merupakan peminat high end fashion menjadi koleksi kolaborasi terhangat diperkatakan. Koleksi NikeLab x Olivier Rousteing: Football Nouveau ini akan berada dipasaran pada 2 Jun di outlet Nike terpilih diseluruh dunia dan Nike Online.
Nike-1.png

The N98 Jacket X

Nike-2.png

Men's Top x OR

Nike-3.jpg

Free Mercurial Flyknit x OR

Nike-4.jpg

Footscape Magista X OR

Nike-5.jpg

Roshe Tiempo VI X OR

nike-6.jpg

Roshe Tiempo VI X OR

Nike-7.jpg