Setiap wanita mahukan kereta yang selesa paling penting ruang kabin kereta mestilah besar. Captur, Urban Crossover pertama daripada jenama Renault pilihan yang tepat buat pemandu wanita. Reka bentuknya yang moden dan bergaya tampak gah apabila meluncur laju di atas jalan raya. Sekali pandang, hati terus tertawan. Dua kali pandang, mahu sahaja membelinya dan dipandu setiap hari tanpa jemu. InTrend juga berkesempantan merasai pandu uji Renault Captur. Selain InTrend, pelakon Tasha Shila juga diberi peluang memandu uji Renault Captur selama lapan hari. Ikuti temu bual eksklusif Tasha Shila bercerita pengalamannya memandu Renault Captur.


Bagaimana perjalanan seni Tasha setakat ini? Ada projek baru?
Sekarang Tasha dalam proses pemilihan watak yang sesuai dengan kekuatan bakat lakonan Tasha. Tasha masih memperbaiki lakonan Tasha supaya penonton di luar sana melihat bakat Tasha Shila bukannya pada kontroversi.

Sumber inspirasi Tasha dalam dunia lakonan?
Nasha Aziz dan Angelina Jolie antara sumber inspirasi Tasha dalam dunia lakonan. Menjadikan mereka sebagai inspirasi, Tasha mahu meletakkan nama Tasha sebagai pelakon yang berbakat dalam dunia industri Malaysia. Kita tidak perlu menjadi orang lain. Yang pasti, kita perlu cari kekuatan sendiri untuk dijadikan sumber inspirasi.

Pernah dilabelkan sebagai artis kontroversi, bagaimana Tasha mengatasi kontroversi di luar sana yang khususnya di medium media sosial?
Bagi Tasha, biarkan mereka berkata tetapi yang penting cara kita mengatasi masalah itu. Tasha banyakkan bersabar, tidak perlu cepat melenting. Setiap ujian dan dugaan yang Allah beri kepada Tasha, Tasha tangani dengan lebih relaks dan cool.

Apa yang Tasha ingin ubah dalam industri ini?
Tasha mahu ubah persepsi orang ramai untuk bersangka baik kepada selebriti agar tidak cepat menuding jari dan tidak bersangka buruk. Tidak semua public figure itu sempurna, kita sebagai manusia tidak kira bangsa atau agama, kita perlu berikan kata-kata semangat dan bersangka baik, itu sudah mencukupi.

Tanggapan pertama Tasha melihat Renault Captur?
Kereta Renault Captur sangat moden, warna yang menarik, menjimatkan minyak dan paling penting ia sesuai dengan perwatakan Tasha yang pantas dan lincah.

5 perkara yang Tasha suka tentang Renault Captur?
  1. Pengunaan button system ECO dapat menjimatkan minyak meski dalam kesesakan trafik, bahkan sesuai untuk pemandu harian.
  2. Reka bentuk playful menggabungkan elemen teguh dengan gaya ‘solekan’ yang anggun.
  3. Ruang kabin yang besar dan fleksible
  4. Dilengkapi dengan lampu auto dan sensor hujan.
  5. Kunci kereta berbentuk 4 segi seperti kad, mudah untuk disimpan.

Apa yang Tasha lakukan sepanjang lapan hari memandu Renault Captur?
Tasha tidak banyak kembara jauh, paling jauh Tasha pandu bawa ke penggambaran drama di Sg. Buloh, Kajang, Kepong dan Puchong. Malah Tasha juga banyak memandu apabila dalam kesesakan trafik. Dari situ Tasha perasan yang Renault Captur ini mempunyai button bagi sistem ECO. Apabila tekan button ECO ketika dalam kesesakan trafik ia dapat menjimatkan petrol. Tasha juga suka warna-warna yang terdapat pada Renault Captur, khasnya jingga.

Apa pendapat kawan dan keluarga Tasha tentang Renault Captur ?
Mereka sangat tertarik dengan ruang dalam dan warna Renault Captur yang moden, elegan dan tampak muda.

Apa gambaran Tasha pemandu Renault Captur?
Tasha bayangkan seorang wanita yang berkerjaya, aktif dan berdikari memandu kereta ini. Malah dia seorang wanita yang humble dan mementingkan keselesaan dalam pemanduan.

KTEH7412.JPGKTEH7439.JPGKTEH7443.JPGKTEH7677.JPGKTEH7746.JPGKTEH7737.JPGKTEH7607.JPGKTEH7500.JPG